Resipi Kerang Goreng Kicap Bersama Serai & Bawang Putih. Memang Mudah & Buka Selera!

Share

Kerang goreng kicap mungkin tidak pernah anda cuba sebelum ini. Hidangan ini sebenarnya memang sedap. Bosan juga kalau direbus atau dibuat sambal tumis. Resipi ini memang sesuai dihidangkan bersama nasi putih.

 

KERANG GORENG KICAP

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm kerang | dibersihkan
  • 5 ulas bawang putih | diketuk
  • 2 batang serai
  • 50ml kicap masin
  • 250ml air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang putih dan serai sehingga garing dan kekuningan.
  2. Masukkan kicap dan tumis seketika. Kemudian masukkan kerang dan tambahkan air.
  3. Sesuaikan rasa dengan menambahkan garam mengikut cita rasa anda.
  4. Tutup kuali dan biarkan kerang masak sempurna. Sedia untuk dihidang.
IKLAN