Resipi Kerabu Timun Bersantan, Menu Dari Kelantan Yang Enak Dimakan Sejuk

Share

Enaknya sajian Kerabu Timun Bersantan yang dikongsi oleh saudari Izlyana Ell ni. Menu yang berasal dari Kelantan ini semestinya sangat enak walaupun dihasilkan hanya menggunakan beberapa bahan yang ringkas sahaja.

Asasnya cukup mudah. Anda hanya memerlukan timun yang disagat atau diparut halus. Sebaiknya guna mesin pemarut supaya saiznya sekata dan parutannya halus. Jika guna pisau, tekstur halus lembab agak sukar untuk diperolehi.

Kerabu ini juga menggunakan santan, dan mempunyai rencah ikan. Bila keduanya bergabung, memang enak. Lemak-lemak rasanya. Sangat sedap bila dimakan sejuk. Ratah sahaja, boleh habis semangkuk.

Jom cuba resipi istimewa ini. Anda dan keluarga pasti sukakannya. Selamat mencuba!

 

CARA MASAK KERABU TIMUN BERSANTAN KELANTAN

BAHAN-BAHAN:
  • 2-3 batang timun
  • Santan secukupnya (tak terlalu pekat & tak terlalu cair)beli online disini
  • Garam dan sedikit gula – jika suka
  • Jus limau nipis secukupnya
BAHAN TUMBUK:
  • 2-3 ekor ikan Selayang/sardin rebus
  • 3 biji  bawang merah
  • Lada hitam secukupnya beli online disini
  • Kelapa parut goreng secukupnya
CARA MEMASAK:

1.Satukan bawang merah, lada hitam, kelapa parut goreng dan isi ikan selayang (sardin) yang direbus. Tumbuk hingga lumat.

2.Sagat halus timun. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang bersesuaian.

3.Campurkan bahan tumbuk tadi ke dalam mangkuk berisi timun yang disagat.

4.Masukkan santan dengan secukupnya. Sebaiknya santan dipanaskan sekejap supaya kerabu lambat basi.

5. Perasakan dengan menambah garam dengan secukupnya. Jika suka, boleh juga masukkan sedikit gula.

6. Masukkan perahan limau nipis mengikut tahap kemasaman yang digemari.

7.Gaul rata dan Kerabu Timun sedia untuk dinikmati.

INFO: Untuk rasa lebih enak, boleh tambah perut lembu rebus atau kerang rebus ke dalam kerabu. Mlah boleh juga guna pucuk paku, tuge dan kacang panjang. Sangat sedap.

 

Kredit resipi & foto: Izlyana Ell

 

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN