Resipi Kerabu Sotong Thai Yang Sangat Sedap

Share

Teringin nak makan Kerabu Sotong Thai yang sangat mudah dan sedap? Resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni antara yang boleh dicuba. Bahan-bahannya pun ringkas sahaja. Kombinasi rasa masam, masin, manis dan pedas pasti buka selera. Jom lihat resipinya.

 

CARA MASAK KERABU SOTONG THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor sotong segar saiz XL

BAHAN HIRIS:

  • 1 biji mangga lemak
  • 1/6 biji lada benggala merah, hijau dan kuning
  • 1/3 kuntum bunga kantan
  • 1/3 batang lobak merah
  • 3 biji tomato ceri
  • 1 batang serai
  • 1 batang daun ketumbar
  • 1 biji bawang merah
  • 1/4 biji bawang besar
  • 4 tangkai cili padi merah dan hijau

BAHAN SOS:

  • 2 sudu makan kicap sotong
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 3/4 sudu makan gula perang castor
  • 1/3 sudu makan garam bukit
  • 3 hirisan jus lemon
  • Secubit serbuk lada hitam
  • Secubit emping cili ( chilli flakes)

 

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan sotong, hiris bulat dan celur dalam air panas seketika. Toskan.


2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan kicap sotong, sos tiram, gula perang, garam bukit dan jus lemon. Sebatikan.


3. Tambahkan secubit dua serbuk lada hitam dan juga cili flakes. Kacau rata.


4. Masukkan bahan hirisan bersama dengan sotong. Gaul rata.


5. Jika kerabu telah cukup rasa, hidang dan nikmati segera.

 

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

IKLAN