Resipi Kerabu Sotong Siam Kap Kun Kap

Share

Tidak perlu ke Thailand untuk menikmati kerabu sotong yang sedap kerana anda serndiri mampu menyediakannya.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm sotong | potong kecil dan celur
  • 1 biji tomato | cincang nipis
  • 2 biji cili merah |mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 batang serai | mayang halus
  • 1 sudu makan cincangan daun ketumbar
  • 1 sudu makan air perahan limau nipis
  • Garam dan gula secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
  2. Gaul sebati kesemuanya.
  3. Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
IKLAN