Resipi Kepak Ayam Goreng Serai Thai Memang Ketagih Makan

Share

Siapa yang dah pernah cuba,mesti tahu kesedapan ayam ni.Ayam goreng ni ratah begitu sahaja pun sedap. Aroma serai menyedapkan rasa ayam ini, gerenti tak cukup satu.

Kepak Ayam Goreng Serai Thai

Bahan-bahan:

½ kilo kepak ayam (dicuci bersih)

2 batang serai (dipotong 2cm dan ditumbuk hancur menggunakan lesung batu)

2 sudu besar sos tiram-beli online di sini

1 sudu besar sos ikan-beli online di sini

1 sudu kecil gula

½ sudu kecil garam

½ sudu kecil serbuk cili-beli online di sini

½ sudu kecil serbuk kunyit

2 sudu besar tepung jagung

5 helai daun limau purut dihiris

Bahan ditumbuk@dikisar halus tanpa air

2 pokok akar ketumbar

2 sudu besar lada hitam

5 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

1.Sediakan mangkuk atau bekas ,masukkan ayam dan kesemua bahan(kecuali daun limau purut),serta bahan yang dikisar halus.Gaul sebati dan perapkan paling kurang selama 30 minit.

2.Panaskan minyak,agak-agak boleh tenggelamkan ayam apabila digoreng nanti.

3.Masukkan ayam dalam kuali panas dan goreng 5- 7 minit.Kemudian angkat dan rehatkan 3 minit .Gorengkan semula ayam tadi 1-2 minit dengan minyak panas yang sama.

4.Apabila ayam sudah masak,angkat dan masukkan ke dalam bekas serta taburkan daun limau purut yang telah dihiris tadi.Ratakan ayam bersama daun limau purut.

5)Siap untuk dihidang.

Kredit: Nurul Ateekah

Klik sini

IKLAN