Resipi kek oren upside down ini memang cukup istimewa. Walaupun kali pertama mencuba, kalau ikut sukatan dengan betul hasilnya memang menjadi cantik dan menjadi.
Potongan oren di bahagian atas bukan saja menyerikan rupa kek, malah memberi rasa masam manis yang seimbang dengan kek gebu di bawahnya.
Selain itu, aroma oren yang harum semerbak buat kita tak sabar nak potong dan menikmatinya. Kek ini sesuai dijadikan hidangan minum petang, majlis keraian atau sebagai pencuci mulut yang ringan selepas makan.
4 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum
1 sk esen vanilla
1 sk baking powder
1 sk baking soda
1 sb ovallate
1/3 cawan jus oren
1 sb pati Sunquick
1 sb parutan kulit limau
1 cawan gula
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
1 biji limau sunkist – potong nipis
1 1/2 cawan air
1 cawan gula (untuk sirap oren)
1. Didihkan air bersama gula, masukkan hirisan limau sunkist. Masak hingga limau lembut, ketepikan seketika.
2. Bagi adunan kek, pukul semua bahan kecuali minyak hingga kembang dan gebu (7–10 minit, ikut jenis mixer).
3. Masukkan minyak, kacau sebati dengan kelajuan mixer paling rendah. Tutup mixer bila sebati.
4. Sapukan loyang bersaiz 7 atau 8 inci dengan minyak, lapik baking paper. Susun hirisan limau yang dimasak sirap tadi.
5. Tuang adunan ke dalam loyang.
6. Bakar pada suhu 140°C selama 45 minit. Uji dengan lidi, jika keluar bersih bermakna kek sudah masak.
Kredit resipi & foto: Intan Iman & Kak Sue SarangHae II
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA