Makan

Resipi Kek Oren Mentega Yang Enak & Harum Baunya

Share

Resipi Kek Oren Mentega yang cukup istimewa. Teksturnya yang lembut dan gebu menjadikan kek ini sangat enak. Bau harum dan segar dari parutan kulit oren dan mentega yang sangat menyelerakan. Pastikan anda guna Anchor Unsalted Butter untuk mendapatkan kek yang lebih enak dan wangi. Langsung tak terasa muak. Percayalah, sekejap je mesti kek ini habis licin dimakan. Wajib cuba!

KEK OREN MENTEGA

Bahan-Bahan:

  • 280gram tepung gandum – ayak
  • 230gram Anchor – suhu bilik
  • 120ml Fernleaf Susu UHT
  • 180gram gula kastor
  • 3 biji telur – gred A
  • 2 sudu makan jus oren
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan parutan kulit oren
  • ¼ sudu teh garam halus

Cara Memasak:

  1. Di dalam mangkuk pengadun; pukul Anchor Unsalted Butter bersama gula kastor hingga kembang dan ringan.
  2. Masukkan telur satu persatu lalu pukul lagi hingga sebati. Masukkan jus oren dan parutan kulit oren.
  3. Masukkan tepung gandum, baking powder, garam dan Fernleaf Susu UHT
    lalu kacau adunan hingga sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam acuan yang telah disapu sedikit mentega dan dialas dengan kertas parchment.
  5. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 50-60 minit atau hingga kek masak. Sejukkan kek dan hias mengikut cita rasa.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

IKLAN