Resipi Kek Coklat Magnum Sedap. Sukatan Bahan Hanya Guna Cawan

Share

Bukan calang-calang resipi Kek Coklat Magnum perkongsian saudari Cik Dayang Zuhaila ni. Sangat sedap dan membuka selera. Mewah dengan salutan coklat dan juga badam rangup. Bak kata empunya resipi, kek ini teksturnya moist di dalam tapi crunchy diluar. Sangat enak! Jom lah cuba buat.

 

KEK COKLAT MAGNUM SEDAP, MUDAH & GUNA SUKATAN CAWAN

BAHAN A:
1 cawan minyak jagung beli online disini
1 cawan gula kastor beli online disini
1 cawan susu full cream beli online disini
1 cawan susu pekat manis beli online disini


1/4 sudu teh garam

BAHAN B:
1 cawan tepung gandum beli online disini
1 sudu teh esen vanilla beli online disini
1 sudu teh soda bikarbonat beli online disini
1 sudu teh baking powder beli online disini
3/4 cawan serbuk koko beli online disini

BAHAN C:
3 biji telur gred A

CARA MEMASAK:
1.Satukan kesemua BAHAN A dan masak di atas api sehingga adunan mendidih dan berbuih.


2. Seterusnya satukan BAHAN B dan ayak. Ketepikan sebentar.


3. Kemudian putarkan BAHAN C sehingga kembang dan gebu.


4. Akhir sekali satukan BAHAN B dan C ke dalam BAHAN A dan kacau sehingga sebati dan tak berketul.


5. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang saiz 9” dan kukus selama 1 1/2jam sehingga masak.

BAHAN TOPPING COKLAT MAGNUM:
100gm badam cincang (disangai) beli online disini
150gm dark chocolate / coklat gelap beli online disini


150gm milk coklat / coklat susu beli online disini

CARA MEMBUAT TOPPING COKLAT MAGNUM:
1.Sangai badam cincang sehingga keperangan. Ketepikan.


2.Kemudian panaskan kuali dan cairkan coklat.


3.Tuangkan badam cincang tadi dan kacau sebati.
4.Akhir sekali salut kek dengan rata menggunakan coklat magnum tadi.


5. Kek Coklat Magnum sedi untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Cik Dayang Zuhaila

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN