Bukan calang-calang resipi Kek Coklat Magnum perkongsian saudari Cik Dayang Zuhaila ni. Sangat sedap dan membuka selera. Mewah dengan salutan coklat dan juga badam rangup. Bak kata empunya resipi, kek ini teksturnya moist di dalam tapi crunchy diluar. Sangat enak! Jom lah cuba buat.
KEK COKLAT MAGNUM SEDAP, MUDAH & GUNA SUKATAN CAWAN
Koleksi resipi daging yang ringkas dan mudah disediakan. Bagi ibu-ibu yang bekerjaya dan sentiasa terkejar-kejar untuk masak, menu-menu menggunakan daging ni sangat sesuai anda cuba. Ringkas, mudah dan sedap. Malah daging jenis ini juga sangat mudah nak empuk. Jadi tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakannya. Selamat mencuba!
1. DAGING DENDENG HITAM BASAH
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | cuci bersih dan rebus
1/2 cawan kicap pekat manis
2 sudu makan air asam Jawa
1 helai daun salam
Rempah menumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Minyak masak untuk menumis secukupnya
BAHAN MAYANG HALUS:
3 biji bawang besar
3 batang serai
BAHAN KISAR :
10 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
2cm lengkuas
3 batang serai
BAHAN GORENG SANGAI DAN KISAR:
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
Hiris nipis daging yang telah direbus, kemudian titik hingga nipis. Ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan rempah menumis dan bahan hirisan hingga kekuningan dan wangi.
Masukkan pula bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak, baru masukkan goreng sangai dan kisar. Terus kacau hingga bahan tumisan betul-betul garing.
Masukkan air asam, daging dan sedikit air. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan kicap pekat manis, garam dan gula secukup rasa,
Biarkan mereneh lebih kurang lima minit. Tutup api.
Daging dendeng basah sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika mahu dendeng kering, goreng daging yang telah ditumbuk tadi hingga garing. Dan semasa menumis tidak perlu masukkan air.
2. DAGING GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang| hiris nipis
1 biji bawang Holland | hiris bulat
1 batang seleri | hiris serong
3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan yogurt
3 sudu makan minyak masak untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunya lawang
5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis , daun kari, diikuti bahan kisar. Tumis hingga wangi.
Kemudian masukkan bancuhan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili. Kacau rata hingga timbul minyak.
Masukkan daging, terus kacau hingga daging layu.
Apabila daging layu masukkan yogurt, hirisan batang seleri dan bawang Holland.
Apabila air daging kering, perasakan dengan yogurt, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan hidangkan panas-panas .
3. DAGING GORENG BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang| hiris nipis cuci dan tos
10 batang serai |hiris halus
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1 biji bawang besar | hiris halus
20 biji cili padi | hiris
4 helai daun limau purut | hiris
Garam, gula, perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menumis
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
6 ulasa bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan serai dan daun limau purut hingga wangi, masukkan hirisan bawang besar dan cili padi.
Kemudian masukkan bahan kisar, kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan pula hirisan daging, kacau hingga daging berubah warna dan airnya kering.
Masukkan sos tiram, sos tomato garam, gula dan perasa secukupnya.
Apabila daging telah masak, angkat dan hidangkan dengan nasi putih.
4. DAGING GORENG KUNYIT BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
2 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
1 biji bawang besar | hiris
4 ulas bawang putih |cincang
3cm halia | hiris halus memanjang
2 batang serai | titik
2 biji cili merah | hiris serong
2 biji cili hijau | hiris serong
1 batang seleri |hiris serong
1 sudu serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Minyak masak | untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng kentang separa masak. Angkat dan ketepikan.
Kemudian gorengkan daging yang digaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit .
Goreng hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak .
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan pula h serbuk kunyit, kacau seketika dan masukkan daging.
Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kacau lagi seketika dan tutup api.
Daging Goreng Kunyit sedia dihidangkan.
5. GULAI DAGING UTARA
BAHAN-BAHAN:
600gm daging batang pinang | dihiris
400gm daging tetel | dipotong halus
125ml santan segar
1 liter air bersih
2 sudu makan rempak kari daging
1 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
2 helai daun pandan
1/2 batang lobak merah | potong dadu
2 bji kentang | belah empat
Minyak untuk menumis
BAHAN TUMIS:
2 batang serai | dititik
4 ulas bawang putih | dipotong nipis
5 ulas bawang merah | dipotong nipis
2sm halia | dipotong nipis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
5gm bunga lawang
3gm bunga cengkih
2sm kulit kayu manis
3gm buah pelaga
BAHAN KISAR:
4 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
6sm halia | dikisar
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis bersama daun pandan, kemudian biarkan sehingga kekuningan.
Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dan dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga garing.
Apabila rempah garing, masukkan daging dan biarkan selama 20 minit atau sehingga lembut.
Akhir sekali, masukkan santan , kentang dan lobak merah
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan biarkan gulai mereneh seketika dan hingga ia timbul minyak.
Terasa nak makan daging bakar balut daun salad macam dalam drama Korea tu? Ha…cuba resipi mudah ni. Maklumlah, kalau makan di restoran, harganya boleh tahan mahal. Makan berdua pun bil boleh mencecah ratusan ringgit. Jadi kalau nak makan puas-puas, boleh sediakan sendiri di rumah. Satu ‘family’ boleh rasa.
BAHAN PERAPAN DAGING:
1-2kg bahagian knuckle , top side atau sirloin untuk penuh rasa daging
(Potong nipis. Untuk mudah potong, biarkan dia masa 20-30% sejuk dan potong nipis.)
Sos perapan:
4 ulas sederhana bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai kecil
1 sudu teh halba
1 1/2 sudu makan gula merah
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa
3/4 cawan air
2 sudu makan madu
2 sudu makan kicap masin
1 sudu makan minyak masak
Sudu teh serbuk ketumbar
Sedikit serbuk lada putih
1/2 biji lemon
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang putih, ketumbar, halia, lengkuas, serai dan halba hingga hancur.
2. Masukkan lagi 1 1/2 sudu makan gula merah , 1 sudu teh garam 1 sudu teh serbuk perasa. Teruskan tumbuk. Sos perapan tidak perlu masin sangat kerana ia akan menjadi tidak sedap apabila dibakar.
3. Bila semua bahan dan hancur, keluarkan dan masukkan ke dalam bekas. Tambah 3/4 cawan air, 2 sudu makan madu, 2 sudu makan kicap masin, 1 sudu makan minyak masak dan 1 sudu teh serbuk ketumbar beserta sedikit serbuk lada putih. Perah 1/2 biji lemon. Gaul rata.
4. Panaskan pemanggang dan cairkan sedikit mentega. Guna kuali ‘non stick’ lagi best sebab dia tak hangit.
5. Celupkan daging ke dalam sos perapan dan panggang di dalam kuali. Masak daging ikut citarasa samada nak lembut atau garing.
6. Enak dicicah bersama sos.
BAHAN KICAP SAMBAL:
1/2 biji tomato
4 biji lada/cili
1/2 biji bawang besar
Kicap masin
Madu
Lemon
CARA MEMBUAT:
1. Potong semua bahan dan satukan. Gaul rata.
2. Boleh dinikmati bersama daging bakar.
IDEA RASA:
Daging bakar ni selain dinikmati begitu sahaja bersama sos, anda juga boleh menikmatinya bersama nasi. Bahkan kepingan daging berjus ni juga boleh dibalut dengan daun salad dan nikmati seperti ‘oppa’ Korea makan. Hmm…Sedap!
Tengok rupa biskut ni alahai nampak comel aje. Macam pisang emas kuning dengan tompokan coklat.
Ni lah biskut pisang atau Banana Cookies ada rupa pisang emas kan, tapi sebenarnya disadur coklat berwarna kuning dan coklat. Tu yang sedap sangat tu. Ada inti kacang pulak tu. Ni resepi yang dikongsikan oleh Zaimah Zakaria. Jom semak resipi biskut sedap ni.
BANANA🍌 COOKIES🍪
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
170gm mentega
60gm gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen pisang
* Kacau dengan senduk sahaja semua bahan-bahan di atas
Bahan B :
300gm tepung gandum
20gm tepung jagung
20gm susu tepung
Bahan inti :
Kacang tanah secukupnya | disangai dan ditumbuk
Gula secukup rasa
* Campurkan dan gaulkan sekali
CARA MEMASAK : 1. Ayak semua bahan., masukkan ke dalam bahan A.
2. Uli sampai jadi doh, kalau nak sama besar timbang doh 15gm tiap satu
3. Masukkan inti kacang tanah yang dicampur dgn gula
4. Bentukkan doh jadi bentuk pisang
5. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 30 minit
Bahan Coklat
Coklat putih dicampur beberapa titik pewarna lemon kuning
Dark coklat
* Masak coklat guna kaedah ‘double boil’,celup biskut satu-satu dalam coklat kuning, coklat dah keras baru sapu dark coklat.
Khasiat bunga cengkih ni sangat banyak! Ketahui 8 gabungan ajaib bunga cengkih dengan bahan dapur seperti madu, halia & lemon untuk kesihatan dalaman dan luaran.