
Kek Batik Indulgence ni tengah hangat viral di laman-laman sosial dan grup masakan. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri manisan enak ini, resipi perkongsian saudari Ainie Syeema ni boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
125gm mentega – boleh ganti dengan marjerin
100gm milo
90gm susu pekat manis
2 sudu makan serbuk koko
Esen vanilla secukupnya
150gm biskut Marie – boleh guna perisa coklat atau biasa
Tambahan 150ml susu perisa coklat untuk kek batik versi lembut
1. Pertama sekali, sediakan asas kek batik terlebih dahulu. Panaskan mentega dalam kuali / periuk. Lagi senang guna Non Stick Pan.
2. Bila mentega cair sepenuhnya, masukkan susu pekat manis dan bahan kering. Ada penambahan di situ, rahsia untuk boost flavour dengan meletakkan secubit garam dan sedikit serbuk Coffee / Nescafe. Tambahan susu perisa coklat jika mahu buat kek batik versi lembut.
3. Masukkan Vanilla Flavour @ esen vanilla.
4. Akhir sekali masukkan Biskut Marie yang dah dipatah-patahkan. Gaul hingga sebati dan masukkan ke dalam loyang.
5. Lapik loyang ‘loose base’ (tapak boleh buka) dengan baking paper. Masa tengah panas ni, tekan adunan kek batik supaya padat. Sejukkan pada suhu bilik, baru masukkan dalam peti ais. Biarkan mengeras selama 2 jam.
200gm dairy whipping cream (krim putar tenusu)
80gm coklat compound putih (white chocolate)
1 sudu teh gelatin + 1 sudu makan air sejuk
1 sudu teh Chef Amer Silky Vanilla Flavour – boleh ganti dengan esen vanilla
1. Pukul Dairy Whipping Cream pada kelajuan sederhana, sampai soft peak sahaja. Jangan over beat sampai kental, nanti mousse akan jadi ketul ketul. Ketepikan.
2. Cairkan coklat putih guna kaedah double boiler atau guna microwave sahaja. Ketepikan.
3. Cairkan gelatin yang dicampur dengan air sejuk tadi menggunakan microwave atau kaedah double boiler. Kacau sampai larut. Ketepikan.
4. Masukkan coklat putih ke dalam whipping cream. Coklat kena masukkan masa masih suam. Kaup balikkan hingga sebati. Jangan kacau lama sangat nanti terlebih pukul.
5. Masukkan gelatin dan esen vanilla. Kacau sebati.
6. Tuang White Chocolate Mousse ke atas Kek Batik yang sudah disejukkan tadi. Ratakan. Pastikan Kek Batik telah dibuat awal sekurang-kurangnya 2 jam sebelum membuat mousse.
7. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 30 minit.
8. Bila mousse dah betul-betul ‘set’, curahkan Chocolate Ganache di atasnya.
9. Sejukkan Kek Batik Indulgence selama 2 jam supaya kek betul-betul ‘set’.
10. Bila kek dah sejuk, keluarkan dari loyang, potong dan nikmati.
INFO: Untuk potongan kek yang cantik dan kemas, guna pisau yang telah dilayur di atas api atau dicelup dengan air suam.
300gm dairy whipping cream
30gm sirap glukos – boleh beli di kedai bakeri
500gm coklat gelap
20gm mentega
1. Didihkan sirap glukos bersama dengan whipping cream.
2. Tuang ke dalam bekas berisi coklat gelap. Kacau hingga coklat larut sepenuhnya.
3. Tambahkan mentega. Kacau sehingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Kredit resipi Kek Batik & foto: Ainee Syeema (Bakingroom By Ainee Syeema)
Kredit resipi Kek Batik Indulgence & foto: Ainee Syeema (Bakingroom By Ainee Syeema)
Kredit resipi Chocolate Ganache: Azlita Masam Manis
Resipi kek batik indulgence ini lengkap dengan tiga lapisan—kek batik, white chocolate mousse dan chocolate ganache. Hasilnya sangat mewah, creamy dan sesuai dijadikan pencuci mulut untuk majlis atau jualan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official