Resipi Jemput-jemput Roti Bawang, Lembut Dan Gebu Betul Jadinya

Share

Jemput-jemput Roti Bawang paling ‘simple’ dan mudah nak buat. Memang rangup bila kunyah. Punyalah asyik sampai tak sedar habis sepinggan. Daripada roti dibiarkan begitu sahaja sampai tamat tempoh, elok buat Jemput-Jemput Roti Bawang ini. Pasti habis licin. Jom kita buat Jemput-jemput Roti Bawang seperti yang dikongsikan oleh Suhaidayunie F Rayyan

RESIPI JEMPUT-JEMPUT ROTI BAWANG

BAHAN-BAHAN:

Roti (5 hingga 6 keping) – carik-carikkan
4 ulas bawang merah – tumbuk kasar
2 ulas bawang putih – tumbuk kasar – BELI ONLINE
1 atau 2 sudu besar ikan bilis (telah digoreng)- tumbuk kasar
1 cawan tepung gandum – BELI ONLINE
1 cawan tepung jagung – BELI ONLINE
Sedikit garam dan lada sulah untuk penyedap rasa


Air suam

CARA MEMBUAT:

1. Adun dan gaul semua bahan. Biar sekata.

2. Sudukan adunan dan masukkan ke dalam minyak yang sudah dipanaskan di dalam kuali.

3. Agak-agak kekuningan bolehlah diangkat. Sedap dimakan panas-panas. Boleh cicah dengan sos cili atau pun sos cili Thai.

Sumber kredit: Suhaidayunie F Rayyan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN