Resipi Jelly Tembikal Viral. Hmm…Ubat Sejuk Tekak Di Musim Panas Ni!

Share

Jika dulu, sebut sahaja agar-agar, pasti terbayang manisan berperisa sirap, jagung, pandan dan sebagainya yang dipotong dadu. Memang enak dimakan sejuk-sejuk. Malah nak buatnya juga senang dan murah. Kini dengan inovasi serta kreativiti,  bermacam-macam resipi agar-agar  telah dihasilkan. Bahkan hasilnya sangat menarik dan kelihatan mewah. Bagi anda yang gemarkan sajian agar-agar, resipi yang kami kongsikan ini anda boleh cuba. Mudah, sedap & berkhasiat.

 

RESIPI JELLY TEMBIKAI VIRAL

BAHAN-BAHAN:

  • 20gm agar-agar serbuk
  • 1 liter air
  • 200gm gula
  • 1 biji buah tembikai merah
  • Buah naga | potong dadu
  • Buah kiwi  | potong dadu
  • Buah nanas  | potong dadu
  • Buah betik  | potong dadu
  • Strawberi  | potong dadu
  • Blueberi

* Selain buah-buahan diatas, boleh juga menggunakan buah-buahan lain mengikut citarasa masing-masing.

 

CARA MEMASAK:

  1. Tembikai dibelah dua dan dikeluarkan isinya. Isi tembikai dipotong dadu.
  2. Masukkan kesemua buah-buahan yang dipotong dadu ke dalam kulit tembikai.
  3. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga larut.

4. Tuang agar-agar ke dalam kulit tembikai berisi buah-buahan tadi. Biarkan sejuk dan mengeras. Boleh disimpan di dalam peti sejuk.

5. Potong dan sedia untuk dinikmati.

 

 

 

Kredit gambar, resepi & video: Starvingtime

IKLAN