Resipi Ikan Siakap Stim Limau. Masak Dalam Kuali je

Share

Resipi ikan Siakap Stim limau. Masak dalam kuali je. Hidangan ini antara kegemaran ramai keluar makan bersama keluarga. Rasa masam membuka selera. Memang sedap.

Apa kata masak sendiri hidangan ini di rumah. Boleh makan puas-puas. Apatah lagi sekarang ini cuti sekolah dan anak-anak ada di rumah. Mesti seronok kan. Dapat juga kurangkan bajet kalau masak sendiri.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Zafirah Zawawi
ini ye. Tak susah pun.

Resipi Ikan Siakap Stim Limau

Bahan-bahan:

1 ekor Ikan siakap
Bawang putih (dicincang/ potong dadu) – boleh beli online di sini
Halia (dihiris) – boleh beli online di sini

1 batang serai (hiris) – boleh beli online di sini

2 batang serai (ketuk untuk letak dalam ikan) boleh beli online di sini

1 kiub pati ayam boleh beli online di sini

Cili padi merah & hijau boleh beli online di sini

Asam Limau
Daun ketumbar (akarnya direbus sekali dengan ikan, daun dihiris)


Garam @ sos ikan untuk perasa

Air

Cara Memasak:

Bersihkan ikan siakap, kalau tak nak bau hanyir, cuci dengan asam limau atau lemon.
 Kemudian letak kiub pati ayam di seluruh ikan dan bubuh serai di celah-celah ikan.

Rebus pakai kuali je, letak akar daun ketumbar dan daun ketumbar sekali. Letak sekali bahan-bahan lain yang disediakan tadi sehingga masak.

Untuk perasa saya letak sos ikan, nak letak garam pun boleh. Rebus dalam 10 minit. Cili padi diletakkan paling akhir skali takut pedas sangat.

Siap.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN