Resipi Ikan Siakap Masam Manis Pedas Sik Sik. Wajib Cuba Nih!

Share

Suka makan lauk pedas tapi nak menu yang senang dan tak renyah? Hah…Inilah resipi yang anda perlu cuba. Goreng, tumbuk dan gaul je. Tak payah nak tumis-tumis bagai. Nak buat sajian makan beradap pengantin pun sesuai. Jom cuba!

IKAN SIAKAP TAUTAN KASIH MASAM MANIS PEDAS SIK SIK

BAHAN BAHAN

  • 1 ekor ikan siakap
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN SOS:

  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji limau nipis – ambil jus
  • Cili padi – ikut tahap kepedasan yang dikehendaki
  • Daun ketumbar
  • Gula secukup rasa
  • 2 sudu makan sos ikan atau kicap sotong secukup rasa
  • Timun
  • Daun salad
  • Tomato
  • 1/2  biji nanas – hiris
  • 4 batang serai – diracik
  • Daun limau purut – diracik halus

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ikan dan goreng hingga garing serta kekuningan. Angkat dan ketepikan.

2. Tumbuk cili padi bersama bawang putih. Letak sedikit gula dan tumbuklah sampai lumat. Ketepikan.

3. Hiris bawang merah, daun limau purut, serai, nanas dan tomato. Campurkan dengan semua bahan-bahan lain ( kecuali timun & salad) dan juga bahan tumbuk tadi. Gaul rata.

4. Tuang atas ikan yang telah digoreng. Hiaskan dengan timun dan salad. Sedia untuk dinikmati.

 

 

Kredit resipi & foto: Encik Mat Jambu Golok

 

IKLAN