Resipi Ikan Percik Yang Sedap & Paling Mudah Nak Buat

Share

Salah satu masakan ikan yang sedap adalah ikan percik. Ikan percik sememangnya disukai ramai. Rasanya sedikit berlemak kerana penggunaan santan dan jika anda suka pedas, boleh lebihkan cili padi ke dalam masakan anda. Kali ini, kami akan kongsikan resipi ikan percik oleh Azira Mamat. Selamat mencuba!

IKAN PERCIK

 

BAHAN-BAHAN UNTUK IKAN BAKAR:

  • Kunyit hidup – beli online DISINI
  • Garam

 

BAHAN-BAHAN KUAH PERCIK:

  • Bawang merah – beli online DISINI
  • Halia – beli online DISINI
  • Lada kering – beli online DISINI
  • Santan
  • Garam – beli online DISINI
  • Serbuk perasa
  • Asam keping – beli online DISINI
  • Serai – beli online DISINI

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Bersihkan ikan dan lumur ikan dengan kunyit hidup dan garam. Letak sedikit garam sahaja kerana kuah percik nanti sudah masin.

 

2. Bakar di atas dapur. Untuk elakkan berair, toskan ikan terlebih dahulu sebelum membakar.

 

3. Sambil membakar, siapkan kuah percik. Kisar bawang merah, halia dan lada kering.

 

4. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk. Masukkan juga santan, garam, serbuk perasa dan asam keping. Masukkan sedikit air sahaja kerana tak nak kuah jadi cair.

 

5. Bila kuah sudah mendidih, masukkan serai.

 

6. Kuah siap dimasak.

 

7. Seterusnya, letakkan kuah tadi di atas ikan. Biarkan ikan separuh masak sebelum letak kuah di atas ikan tersebut. Biarkan sehingga kuah kering.

 

8. Kemudian, terbalikkan ikan bila kuah sudah kering. Letakkan lagi kuah di bahagian sebelah.

 

9. Siap!

 

Kredit resipi & foto: Azira Mamat

 

Jika anda mencari BLENDER, boleh klik DISINI. Banyak pilihan untuk anda.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN