Resipi Ikan Mabong Air Asam Rebus. Sangat Mudah & Sedap.

Share

Kalau ke kedai nasi campur, pasti pernah jumpa menu Ikan Kembung atau Mabong Masak Air Asam rebus ni kan? Menu yang sangat simple dan membuka selera. Nak cuba masak menu ni hari ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Afy Al HAbibi ni. Sedap….Pasti puas hati.

 

CARA MASAK IKAN MABONG AIR ASAM REBUS

BAHAN-BAHAN:

  • 1-2 ekor ikan mabong atau kembung
  • 1 sudu makan sambal belacan diet ( link resipi ada di bawah)
  • 1 sudu makan air asam ketagih ( link resipi ada di bawah)
  • Extra: Sedikit air asam jawa yang dibancuh dengan sedikit belacan)
  • 1 biji bawang merah – dadu halus
  • 3-4 biji cili padi – hiris helus
  • 1 biji tomato – dadu halus

BAHAN A:

  • Asam jawa ( saiz bola syiling 50 sen lama) – gaul dengan 1/3 cawan air.
  • 1-2 hiris lengkuas
  • Secubit garam bukit
  • Sedikit nise / gula perang

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan rebus bersama bahan A hingga ikan masak. Padamkan api. Jika suka kuah yang agak pekat, buang sedikit air rebusan ikan.

2. Masukkan sambal belacan diet. ( link resipi: http://bit.ly/2PU406R)

3. Kemudian, masukkan pula air asam. ( link resipi: http://bit.ly/2CrROC8 )

4. Seterusnya, masukkan tambahan air asam jawa yang telah dibancuh dengan belacan.

5. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang ,erah, cili padi dan tomato. Kacau rata.

6. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

 

BOLEH TRY JUGA RESIPI-RESIPI LAIN

IKLAN