Resipi Ikan Golek @Percik Terengganu Ni Nampak Sedap! Bikin Terliur Je Tengok

Share

Ikan Golek @Percik Terengganu sememangnya menu yang begitu menggamit selera. Tambahan pula Ramadan semakin mendekat, tentunya menu yang satu ini dirindui. Bagi mereka yang teringin hendak makan menu Ikan Golek @Percik ini apa kata anda cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli ini.

RESIPI IKAN GOLEK @ PERCIK TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:

Ikan kembung saiz besar 4 ekor (disiang bersih dan dilumur kunyit dan garam)

Bahan kuah percik: (bahan nombor 2)
4 biji bawang merah –BELI SINI
2 biji bawang putih putih – BELI SINI


1 inci kunyit – BELI SINI
1/2 inci halia – BELI SINI
6 tangkai cili kering (dibuang biji dan direndam dgn air panas)
3 batang serai (2 batang diketuk dan 1 batang dimayang nipis untuk dikisar)
Belacan sebesar hujung jari
5 biji cili api ( kalau suka pedas)

Kelapa 1 biji (diambil santan perahan pertama sahaja…kita mahu santan yang pekat)
1/2 sudu besar halba
1/2 keping gula nisang (gula Melaka)- BELI SINI
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa
3 keping asam keping –BELI SINI
1/2 sudu besar tepung ubi (supaya kuah percik melekat cantik di ikan) –BELI SINI

CARA MEMBUAT:

1. Mula-mula kisar semua bahan kuah percik (bahan nombor 2) termasuk tepung ubi kecuali serai yang diketuk.

2. Kemudian masukkan santan panaskan hingga mendidih.

3. Masukkan serai yang diketuk. Kena selalu kacau.

4. Apabila mendidih masukkan bahan kisar. Kacau bagi sebati. Tunggu hingga kuah percik menjadi sedikit pekat.

5. Masukkan garam, gula Melaka, asam keping dan serbuk perasa.

6. Didihkan kuah tersebut dengan api yang paling kecil, sampai kuah pekat (kena selalu kacau ya)

7. Masukkan halba. Kacau lagi dan tutup api.

8. Bakar ikan kembung( saya guna sabut dengan tempurung kelapa) biar ikan setengah masak.

9. Kemudian kita sapukan dengan kuah percik (selalu kena balik-balikkan pemanggang untuk elak ikan hangus).

10. Bakar sampai ikan masak (boleh diulang sapu kuah 2 ke 3 kali). Siap.

Apabila hendak dihidangkan, boleh masukkan ikan dalam kuah percik. Terpulang cara masing-masing. Selamat mencuba.

Sumber kredit: Muliadi Ramli via Masakan Terengganu

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN