Resipi Hakka Style Yong Tau Foo. Mudah Buat & Memang Sedap!

Share

Pernah cuba Yong Tau Foo stail Hakka? Saudari Jazlin Hanie ada kongsikan resipinya. Selain dimakan bersama sos, ia juga enak dimakan bersama nasi. Pasti boleh pikat selera anak-anak. Jom cuba! Anda juga pasti sukakan rasanya.

 

CARA MASAK HAKKA STYLE YONG TAU FOO

BAHAN PES IKAN:

Isi ikan tenggiri bunga secukupnya – bergantung pada jumlah yang anak nak buat
Udang (jika suka)
Cendawan shitake (jika suka) beli online disini
Serbuk lada hitam secukupnya beli online disini
Serbuk lada sulah secukupnya beli online disini
Garam & gula

CARA MENYEDIAKAN:


1.Isi ikan diasingkan dari tulang. Masukkan isi ikan, udang, cendawan, serbuk ladan hitam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa ke dalam food processor @ blender. Kisar hingga hancur. (Jangan masukkan air)
2. Masukkan pes ikan ke dalam mangkuk dan sedia untuk disumbat ke dalam bahan Yong Tau Foo.
INFO: Ada sesetengah resipi masukkan tepung jagung, tp empunya resipi tidak masukkan sebab adunan sudah cantik & tidak lembik.

BAHAN YONG TAU FOO
Tauhu pok – potong 2
Bendi – belah tengah
Cili merah / hijau – belah tengah & buang biji
Terung – potong dalam 2 cm & belah tengah
Peria – potong bulat & buang biji
Air campuran garam

CARA MEMASAK:
1. Ambil pes ikan tadi sumbatkan pada tauhu dan juga sayuran.


2. Guna air campuran garam untuk gam pes ikan pada sayur supaya melekat. Teknik ini penting supaya yong tau foo elok sempurna.


3. Kemudian panaskan minyak dan goreng sehingga yong tau foo masak kekuningan.

 

BAHAN SOS TAUCU
2 ulas bawang putih – diketuk
1 sudu makan taucu 
Sos tiram beli online disini
Kicap manis beli online disini


Minyak bijan (jika suka) beli online disini
Tepung jagung beli online disini
Sedikit gula

CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan taucu, sos tiram, kicap manis, minyak bijan, tepung jagung, air dan gula. Jumlahnya boleh ikut cita rasa masing-masing.
3. Apabila bahan sudah sebati, boleh masukkan yong tau foo ke dalam kuali dan masak sekejap atau boleh tuang sos ke atas yong tau foo di dalam pinggan. Terpulang mengikut selera masing-masing.
4. Selamat mencuba.

Kredit resipi & foto: Jazlin Hanie

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN