Makan

Resipi Gulai Ayam Simple, Makan Dengan Nasi Panas & Sambal Belacan Terangkat Habis!

Share

Gulai ayam hidangan simple dan mudah untuk disediakan. Makan pula dengan sambal belacan dan ulam timun sudah cukup untuk tambah nasi.

Menggunakan bahan-bahan yang tidak susah untuk didapati, selain makan dengan nasi, ia juga sesuai untuk dicicah bersama roti, lempeng dan juga roti canai.

Gulai ayam ini sebenarnya tak jauh bezanya dengan kari ayam. Namun ia ada rasa dan keistimewaan tersendiri untuk yang menggemarinya. Ikuti perkongsian resipi daripada Alya Insyirah yang cukup menyelerakan.

Resipi Gulai Ayam

Ada orang tanya saya, ada beza ke gulai dan kari ?

Saya pun tak pasti, yang aku tahu kari tak letak santan, mcam kat kedai mamak tuh.

Gulai pulak ada masuk santan.. betul ke?

Takpelah, apa2 pun janji ada kuah baru lajak nak makan kan.

Nah, saya kongsikan resepi

Kari / Gulai Ayam Simple

Bahan-bahan:

Ayam (dipotong kecil)

Bawang Merah

Bawang putih

Halia

Daun kari

Ubi kentang

Tomato

Santan

Serbuk kari Babas

Garam dan serbuk perasa

Asam keping (optional)

Minyak untuk menumis

Cara-cara memasak:-

1.Masukkan 3 senduk minyak. Tumis kesemua bahan

(bawang+halia+daun kari), biarkan kekuningan

  1. Masukkan rempah kari, masak sehingga pecah minyak (lebih kurang 20 minit, sambil kacau2 )
  2. Masukkan ubi kentang, biar empuk.
  3. Masukkan ayam, biar sehingga masak.
  4. Masukkan santan, masak sehingga mendidih.
  5. Tambah garam, perasa, mengikut tekak masing-masing ya
  6. Last sekali, masukkan tomato.
  7. Dah siap semua, tutup api dan hidangkan.

Note: Masukkan asam keping sekiranya nak masam-masam sikit, tak letak pun okay.

Kredit: Alya Insyirah

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN