Resipi Grilled Chicken Wrap, Buat Sendiri Sedap & Mengenyangkan!

Share

Resipi grilled chickhen wrap. Buat sendiri sedap dan mengenyangkan. Dapat makan Grilled Chicken Wrap waktu sarapan memang sedap dan menyihatkan.

Sebenarnya mudah sahaja nak buat sendiri menu ini di rumah. tak sampai 15 minit dah boleh siap. Paling best, menu ini juga mengenyangkan dan sesuai untuk anda yang ingin mengamalkan diet sihat. Jom cuba!

RESIPI GRILLED CHICKEN WRAP

BAHAN PERAP AYAM:

8 keping fillet ayam
Susu segar fullcream
1/2 sudu kecil sos perang
2 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu besar sos barbeku
Sesudu besar sos bawang putih
1 sudu kecil olive oil (boleh ganti minyak masak)

BAHAN WRAP:

1 bungkus wrap
Salad
Lobak merah
Timun
Sos keju Nacho’s

Mayones
Sos cili
Tomato
Sos lada hitam

CARA MEMBUAT RESIPI GRILLED CHICKEN WRAP:

1. Dalam plastik zip lock, masukkan fillet ayam. Perap bersama susu segar fullcream selama 30 minit di dalam peti sejuk.


2. Selepas diperap, masukkan fillet ayam dalam mangkuk. Letakkan sos perang, kicap lemak manis, sos barbeku, sos bawang putih dan minyak zaitun.
3. Gaul sebati ayam dengan bahan perapan. Masukkan kembali ke dalam plastik zip lock. Perap dalam peti sejuk selama 30 minit.
4. Keluarkan ayam. Masak atas kuali leper dengan api sederhana. Terbalik-terbalikkan ayam supaya masak sekata. Setelah masak, angkat dan matikan api. Ketepikan.


5. Keluarkan wrap. Panaskan seketika atas kuali leper.


6. Gunting bahagian tengah separuh bulatan.


7. Susunkan ayam fillet pada satu bahagian.


8. Susunkan salad, lobak merah, timun dan tomato.


9. Letakkan mayones, sos cili, sos keju nacho’s dan sos lada hitam.

Nampak sedap!
Boleh juga susun begini.

10. Lipat kemas wrap.

Mulakan melipat daripada bahagian yang telah digunting.

Siap!

Jom makan!

Selamat mencuba!

Untuk lebih detail, boleh tonton video di bawah.
https://youtu.be/rKkels20C9Q

Sumber: Nurul Jannah
Terima kasih kerana berkongsi resipi dengan Rasa Share Resipi.

IKLAN