Resipi Donut Pandan Yang Gebu, Lembut Dan Terlajak Mudah Nak Buat

Share

Donut Pandan Gebu ini cukup sedap dinikmati ditambah dengan haruman daun pandan. Pendek kata ketika setiap kunyahan memang terasa kepuasannya. Jika selalunya kita biasa buat donut tanpa perisa, kali ini kita cuba pula buat Donut Pandan. Jom kita cuba resipi buat Donut Pandan Gebu seperti yang dikongsikan oleh Zaini Talib

RESIPI DONUT PANDAN GEBU

BAHAN-BAHAN:

1 paket mauripan – beli online
2 sudu besar gula (nak lebih terpulang) – beli online


2 sudu besar susu pekat manis (nak lebih terpulang) – beli online
1 1/2 cawan air suam
Daun pandan (kisar air dengan daun pandan kemudian tapis)

CARA MEMBUAT:

Bahan-bahan ini disatukan dan biarkan yis kembang dalam 15 ke 20 minit. Biarkan seketika dan ketepikan.

BAHAN LAIN:

*4 cawan (500g) tepung gandum atau tepung roti high protein – beli online
*Sedikit garam
*1 sudu besar serbuk penaik (baking powder) – beli online
*2 sudu besar mentega atau marjerin – beli online

Gula (untuk disalut pada donut)

CARA MEMBUAT:

1. Dalam bekas lain, campurkan semua bahan bertanda *

2. Gaulkan bahan ini semua sampai jadi macam serbuk roti. Apabila yis sudah kembang masuk dan campurkan bersama dan uli sehingga tidak melekat. Jika melekat, campur tepung sikit-sikit.

3. Kemudian perap selama satu jam. Jika perap sekejap adunan akan jadi berat sedikit.

4. Selepas satu jam, bentukkan bulat-bulat dan lubangkan di bahagian tengahnya. Biarkan lagi kembang lebih kurang setengah jam kemudian barulah goreng.

 

 

5. Jika tidak mahu tunggu setengah jam pun boleh tapi donut jadi kurang ringan. Selepas goreng, salutkan dengan gula. Selamat mencuba!

Sumber kredit: Zaini Talib

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN