Resipi Daging Masak Cili Kering Paling Mudah. Sikit Je Bahan Yang Guna

Share

Daging Masak Cili Kering ni sangat mudah dibuat. Bahan-bahan rencahnya paling ringks tapi sangat sedap.
Untuk memasaknya, anda hanya perlukan bawang merah dan cili kering sebagai rencah utama. Tak perlu yang lain. Tiada sos yang diguna. Untuk menambah rasa pun, cukup sekadar perasa asas seperti garam, gula dan juga perasa.
Bagi anda yang nak cuba resipi perkongsian saudari Nana Ereena

ni, pasti puas hati dengan rasanya. Paling sedap makan bersama nasi putih panas. Gaul-gaul sambalnya dengan nasi, memang padu. Jika nak tambah petai, pun boleh. Ikut selera masing-masing. Selamat mencuba!

CARA MASAK DAGING MASAK CILI KERING PALING SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
400gm daging
1 genggam cili kering beli online disini
3-4 biji bawang merah beli online disini
2 batang serai
Garam, gula & perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Hiris daging kemudian rebus hingga empuk. Angkat dan toskan airnya.
2.Panaskan minyak dalam kuali. Goreng hirisan bawang merah hingga wangi. Angkat dan toskan minyaknya.

3.Kemudian masukkan cili kering. Goreng lagi hingga bertukar warna. Angkat dan toskan minyaknya.

4. Masukkan bawang dan cili kering yang digoreng tadi ke dalam pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar hingga halus. Boleh juga kisar guna minyak gorengan tadi.
5.Tumis kembali bahan kisar tadi hingga pecah minyak. Masukkan serai. Tumis lagi hingga wangi.

6. Seterusnya masukkan daging yang telah direbus empuk tadi. Gaul sebati.
7.Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
8.Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nana Ereena

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN