Resipi Daging Dendeng Sedap. Rencah Semua Hiris Je Tak Perlu Kisar

Share

Dalam peti sejuk masih ada daging yang berbaki? Boleh cuba masak menu Daging Dendeng hari ni. Resipi perkongsian saudari Cik Puan Julieta ini sangat mudah disediakan malah rasanya juga sangat sedap. Ramuan masaknya hanya hiris-hiris sahaja. Bolehlah hidangkan buat keluarga tercinta. Selamat mencuba!

CARA MASAK DAGING DENDENG SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging – potong nipis

BAHAN A:
1 biji bawang besar beli online disini
4 biji bawang merah beli online disini


3 ulas bawang putih beli online disini
1 inci halia 

BAHAN B:
2 batang serai
3 helai daun limau purut
Kulit kayu manis & bunga lawang
1 senduk cili kisar beli online disini
1/2 cawan kicap kipas udang beli online disini
Sedikit air asam jawa & air rebusan daging

CARA MEMASAK:
1. Sediakan semua bahan-bahan dan bahan A dimayang halus. Ketepikan.


2. Daging dipotong nipis kemudian direbus hingga lembut.
3. Kemudian ambil anak lesung, tumbuk kepingan daging satu persatu.
4. Panaskan minyak masak dan goreng kepingan daging yang ditumbuk tadi. Jangan goreng terlalu lama kerana daging akan menjadi keras. Setelah siap digoreng, ketepikan.


5. Seterusnya tumis bahan A sampai kekuningan atau hingga garing kemudian angkat.


6. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan B pula. Pertama sekali masukkan serai, bunga lawang dan kulit kayu manis.


7. Bila sudah wangi, masukkan cili kisar dan sedikit air rebusan daging. Masak sampai terbit minyak.


8. Kemudian barulah dimasukkan kicap, air asam jawa, kepingan daging, gula & garam secukup rasa.
9. Akhir sekali masukkan bahan-bahan A yang digoreng tadi. Kacau sebati dan angkat. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Cik Puan Julieta

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN