Resipi Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Rangup Memang Tak Cukup Satu

Share

Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali.Tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak.

Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Bahan-bahan:
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aising (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum


Cornflakes secukupnya (letak dalam 3 cawan, ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)

Cara membuat:

1.Kacau sebati butter, gula aising dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.


2.Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.


3.Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.


4.Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah . Boleh saja.


5.Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.

6.Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).

* Mula-mula keluar dari oven biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
* Kalau tak suka manis-manis, boleh kurangkan sukatan gula aising jadi 3/4 cawan ye.
Sumber : Syuhada Che Din

IKLAN