Resipi Colek Cili Boh Power, Sedap Dan Wajib Buat Stok.

Share

Colek cili memang sedap jika di nikmati bersama-sama menu bergoreng seperti keropok, kerang bakar, sotong goreng dan pelbagai lagi. Jika inginkan lebih penambah perisa, pastikan buat colek cili boh ni, gerenti sekejap sahaja licin. Hidang waktu berkumpul bersama keluarga memang sesuai.

RESIPI COLEK CILI BOH

BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMASAK:

Masukkan 700 ml air kosong dalam periuk.

 

Jenama cili boh yang diguna.

 

Tambahkan 5 1/2 senduk cili boh. ( saiz senduk seperti dalam gambar)

 

Masukkan pula – 2 senduk gula Melaka hancur – 9 senduk gula putih – 1/2 sudu kecil garam * segala kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri. * Sebetulnya kuah colek akan menyerlah rasa manis.

 

Tambahkan 1 senduk asam jawa. Juga 1 sudu besar cuka.

 

Seterusnya reneh kuah colek dalam api perlahan. Biarkan sehingga kuah memekat kira-kira 1 jam. * terpulang kepada kepekatan yang diingini

 

Kuah colek yang siap memekat.

Sejukkan kuah colek sebelum dihidangkan.

Hidangkan bersama pilihan aneka bahan colek:
– paru goreng
(rebus paru bersama sedikit garam dan asam keping.Kemudian hiris nipis. Goreng sehingga paru rangup)
– Perut lembu
(rebus bersama sedikit garam. Kemudian hiris nipis)
– Keropok lekor
– Keropok keping
– Kerang
(rebus bersama sedikit garam, 2 ulas bawang putih & sebatang serai yang diketuk)
– Popia
– Salad, timun, taugeh celur

Stok colek yang disejukkan perlu dimasukkan dalam bekas bertutup rapat. Masukkan dalam peti ais untuk kesegaran yang lebih lama. Selamat mencuba!

Betul-betul kaww!

Tabur colek bersama kacang tumbuk dan bijan yang telah disangai.

Penggunaan kacang membantu menaikkan lagi kesedapannya.

Kongsi resipi: Afy AL Habibi

IKLAN