Resipi Krim Coklat Jimat. Satu Resipi Boleh Guna Buat Macam-Macam

Share

Krim coklat @ chocolate cream memang pelbagai guna dan boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai hidangan seperti inti roti, donut, bomboloni, kek, jem dan lain-lain. Malah jika dimakan bersama roti sandwich pun sangat membuka selera. Anak-anak pasti menyukainya. Jika dibeli, harganya agak mahal. Jadi boleh cuba buat sendiri krim coklat versi jimat menggunakan resipi yang dikongsi oleh saudari Jalilah Jamaludin ni. Pelbagai guna dan paling penting, lebih jimat.

 

CARA BUAT COKLAT CREAM/ CHOCOLATE CREAM/ KRIM COKLAT PALING JIMAT

BAHAN-BAHAN:
300gm susu kotak beli online disini
30gm tepung jagung beli online disini
20gm serbuk koko beli online disini
40gm gula – boleh ubah ikut selera masing-masing
80gm coklat bar / bar coklat 
Secubit garam
15gm mentega beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Bancuh tepung jagung, serbuk koko dengan air susu. Sebatikan kesemua bahan sehingga tidak berketul.
2. Masukkan gula. Masak sekejap menggunakan api perlahan.
3. Masukkan coklat bar. Adunan hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Kacau sehingga adunan menjadi likat.


4. Chocolate cream ini akan bertambah pekat apabila sudah sejuk. Jangan terlampau lama masak di atas dapur.
5. Tutup api. Masukkan mentega dan kacau sebati. Sejukkan dan siap!
6. Tutup permukaan krim dengan plastik untuk mengelakkan lapisan terbentuk dipermukaan. Sesuai digunakan untuk pebagai jenis hidangan manisan.

INFO: Simpan krim di dalam peti sejuk. Ia boleh disimpan sehari dua tanpa sebarang masalah. Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Jalilah Jamaludin

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN