Resipi Chocolate Chip Cookies Paling Mudah Untuk Hidangan Raya Ni.

Share

Raya tinggal beberapa hari je lagi. Bagi yang belum cukup bekalan biskut raya, boleh cuba resipi Chocolate Chip Cookies ni. Rangup dan sangat sedap! Nak buat pun mudah. Jom cuba!

 

CHOCOLATE CHIP COOKIES

BAHAN-BAHAN:

  • 3/4 buku mentega ( mentega yang seberat 250gm. Ambil 3/4 sahaja)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan gula perang
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 1/4 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan cip coklat

CARA MEMASAK:

1. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang hingga sebati sahaja.

2. Kemudian masukkan telur, soda bikarbonat, garam dan esen vanilla. Gaul lagi hingga rata.

3. Masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati denagn bahan-bahan basah tadi.

4. Akhir sekali, masukkan cip coklat.

5. Sudukan doh diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 170C selama 27 minit. Masa memasak mungkin berbeza mengikut ketuhar.

6. Sejukkan biskut dan simpan dalam balang kedap udara.

Kredit resipi & foto: Nor Azliza Mohamed

IKLAN