Resipi Cencaru Sumbat Pedas Yang Buat Naik Selera Makan

Share

 

 

 

Lidah Melayu kadangkala kalau tak pedas, tak lalu nak makan. Bila ada rasa pedas, barulah datang selera tu. Nah, kalai ni RASA kongsikan resipi ikan cencaru. Hidangan ni dimasak pedas dengan gabungan cili merah dan cili hijau. Siap ada perahan jus limau kasturi dan belacan. Terbayang rasa sedapnya kan? Jom cuba.

CENCARU SUMBAT PEDAS


.

BAHAN-BAHAN
• 20 biji cili merah + hijau
• 3 labu bawang besar (1 biji dibelah empat dan dikisar), (2 biji dihiris bulat)
• 3 biji tomato
• 6 biji bawang putih
• Belacan
• Sedikit air
• 1 biji air perahan limau kasturi
• Garam, gula secukup rasa
• Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMBUAT


1. Siang ikan cencaru dan belah belakang. Ketepikan.
2. Cili merah, cili hijau, bawang besar, tomato, bawang putih dan belacan bersama sedikit air dikisar sedikit hancur.
3. Kalau suka masam tambahkan air perahanan limau kasturi.
4. Tambah perisa garam dan gula.
5. Masukan bawang besar yang dihiris bulat. Kacau sebati.
6. Sumbat ke dalam ikan cencaru yang dilumur dengan sedikit garam. Biarkan dalam 25 minit.
7. Siap sedia untuk goreng.
8. Pastikan goreng dengan menggunakan minyak masak yang banyak dan api perlahan.
9. Pastikan ikan betul-betul masak baru terbalikkan.
10. Lebihan bahan kisar tadi boleh dicurahkan pada ikan. Nak pekat boleh panaskan seketika.

Selamat mencuba.

Resipi oleh Aishah Toke Kek dari Telegram KakiMakan

IKLAN