Resipi Cara Buat Cempedak Goreng Crispy Walaupun Sejuk

Share

Sedapnya dapat makan cempedak goreng yang rangup. Cempedak yang penuh dengan isi, bukan semata-mata yang dibalut dengan tepung.

Cempedak goreng memang sangat mudah disediakan. Nak pula dihidangkan bersama teh o panas. Tapi macam mana nak bagi cempedak goreng kekal rangup walaupun sudah sejuk?

Menerusi perkongsian resipi daripada Che Nolly, dia menggunakan tips ketul kiub ais dalam adunan tepung salutan cempedak. Jom kita cuba

 

RESIPI CARA BUAT CEMPEDAK GORENG CRISPY

BAHAN-BAHAN:

Isi buah cempedak
2 cawan tepung beras – beli online di sini
1 biji telur
1 sudu kecil garam – beli online di sini
3-4 ketul ais kiub
Air sejuk
Sedikit air kapur makan – beli online di sini
Minyak masak (untuk menggoreng) – beli online di sini

TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk

TONTON Dapur Rasa Live: Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung 

CARA-CARA:

1. Masukkan tepung beras ke dalam bekas. Masukkan garam, telur, ketul ais kiub dan sedikit air kapur makan (anggaran hujung sudu kecil).
2. Akhir sekali, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


3. Kacau kesemua bahan sehingga menjadi bancuhan tepung yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. (Tujuan untuk memudahkan isi cempedak melekat sebati bersama bancuhan tepung)

[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]


4. Panaskan minyak. Masukkan isi cempedak ke dalam bancuhan tepung. Gaul sehingga rata dan sebati.


5. Kemudian masukkan ke dalam minyak yang telah panas dan goreng sehingga garing.


6. Akhir sekali goreng lebihan tepung sehingga garing untuk jadikan kruk kruk. Siap untuk dihidang.

*Rahsia untuk mengekalkan cempedak goreng jadi crispy walaupun sejuk ialah ketul kiub ais.

Kredit resipi: Che Nolly

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN