Resipi Cakoi Sedap Untuk Minum Petang. Dah Sejuk Pun Masih Lembut

Share

Sedapnya jika dapat menikmati Kuih Cakoi panas-panas di waktu begini. Rangup diluar, gebu dan lembut di dalam. Memang tak puas dimakan. Bagi yang suka rasa manis, boleh cicah Cakoi tu dengan kuah pandan atau kastard. Susu pekat manis pun boleh. Memang nikmat! Ada yang nak cuba buat Cakoi yang enak ni? Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Ila Lala ni. Sangat mudah dan pasti menjadi. Walau sejuk, teksturnya masih lembut.

 

CARA BUAT KUIH CAKOI SEDAP & TETAP LEMBUT WALAU SEJUK

BAHAN-BAHAN:
1 cawan air suam – jangan terlalu panas
1 1/2 sudu teh yis beli online disini
2 sudu makan gula beli online disini
1/2 sudu teh garam beli online disini
1/2 sudu teh soda bikarbonat beli online disini
2 1/2 cawan tepung gandum beli online disini
2 sudu makan minyak

Jom tonton video MINIT EKSPRESS : Resipi ROTI CANAI SOSEJ

CARA MEMASAK:

1. Masukkan yis dan gula ke dalam air suam. Biarkan 10 minit hingga berbuih.


2. Masukkan garam dan soda bikarbonate dalam tepung. Kemudian masukkan campuran yis tadi.


3. Uli sebati. Kemudian masukkan minyak.
4. Uli rata sekali lagi. Rehatkan doh selama 1 jam.

5. Selepas 1 jam, canai doh kemudian potong 4 segi panjang. Basahkan lidi/copstick. Tekan tengah doh. Tindih 2 doh yang dah dipotong 4 segi.


6. Taburkan tepung gandum sebelum dan semasa mencanai supaya doh tidak melekat.
7. Goreng doh dengan minyak panas. Tarik sedikit doh sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Goreng sehingga garing.


8. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Ila Lala

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN