Resipi Bubur Som-Som Asli, Lemak Manis Enak Dinikmati

Share

Resipi bubur som-som memang ramai peminatnya. Rasanya yang lemak dan manis sangat enak dinikmati terutama ketika ia sejuk.

Sebenarnya tak susah sangat pun nak membuatnya. Bila buat sendiri, lagi puas sebab boleh ubah suai ikut selera kita sendiri. Betul tak?

Okay. Korang boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Marina Ismail ini ye. Gerenti sedap.

Resipi Bubur Som-Som Asli

Bahan-bahan:

Bahan A:

1 cawan tepung beras – boleh beli online di sini

2 cawan santan (kalau guna santan kotak, sukat guna 2 cawan, yang kurang campurkan air sampai cukup 2 cawan sukatan itu) – boleh beli online di sini

1 cawan air

2 sudu kecil garam halus

Bahan B:

1 buku gula Melaka (dalam 300 gram) – boleh beli online di sini

3 sudu besar gula pasir – boleh beli online di sini

3 cawan air

2 helai daun pandan

Cara Memasak Bubur Som-Som Asli:

Campur semua bahan A dalam periuk atau kuali (yang mudah untuk kita kacau masa kita memasak).

Masak atas api sederhana kecil dan kacau hingga ia bertukar jadi adunan yang likat dan berkilat.

Matikan api dan angkat untuk kita masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh jugak kalau nak masukkan dalam loyang.

Biarkan sejuk dan siap untuk dimakan. Senang yakmat kan!

Untuk memasak air gula, dalam periuk satukan semua bahan B. Masak hingga gula Melaka hancur. Sentiasa kacau. Apabila sudah masak, tutup api. 

Ketika hendak makan, boleh tuangkan air gula di atas yang berwarna putih itu. Sedap sangat dimakan sejuk-sejuk dari peti ais. 

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

IKLAN