Makan

Resipi Bubur Kacang Guna Gula Hangus. Sangat Sedap & Lebih Wangi

Share

Enaknya Bubur Kacang Hijau ni. Manisan ini adalah salah satu manisan kegemaran ramai terutamanya masyarakat Melayu. Pemanisnya tentulah menggunakan gula melaka kerana ia mencantikkan lagi warna bubur. Jarang sekali kita menggunakan gula putih. Tapi macam mana kalau tiba-tiba kehabisan gula melaka? Nah… Boleh cuba resipi perkongsian saudari Harum Wangi ni. Beliau menggunakan gula hangus. Hasilnya hampir sama seperti menggunakan gula melaka malah lebih wangi dan tidak terlalu manis. Bestnya. Jom cuba!

CARA MEMASAK BUBUR KACANG HIJAU
SEDAP MENGGUNAKAN GULA HANGUS


BAHAN-BAHAN:
Kacang hijau (RASA: 500gm) – beli online disini
Air secukupnya
Gula (RASA: 1 cawan) – beli online disini
1 cawan air panas
Sedikit garam
Santan (RASA: ½ kotak @ 100ml) – beli online disini
Sagu (RASA: 2 sudu makan) – beli online disini
1-2 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat gula hangus, masukkan gula dalam kuali dan cairkan hingga keperangan.
2. Masukkan 1 cawan air panas. Larutkan. Kemudian masukkan daun pandan. Bila mendidih, padamkan api.
3. Sangai kacang hijau seketika. Bila sudah berbau wangi, masukkan air dengan secukupnya. Masak hingga lembut dan kembang anggaran masa 15 minit (empunya resipi mask guna pressure cooker)
4. Bila kacang sudah kembang, tuang separuh air gula hangus, garam, santan dan juga sagu.
5. Kacau hingga santan dan sagu betul-betul masak.
6. Rasa bubur, jika nak lebih manis, tambah lagi gula hangus atau gula putih hingga dapat kemanisan yang anda suka.
7. Sedia untuk dinikmati.


Kredit resipi & foto: Harum Wangi

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Dapatkan  lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

IKLAN