Resipi Buat Kuih Talam Gula Melaka Paling Mudah

Share

Kuih talam adalah sejenis kuih yang memang menjadi kegemaran ramai individu di tanah air kita. Cita rasa lemak manis ditambah dengan teksturnya yang lembut, amat enak dijadikan sajian ketika minum petang.

Jom kita lihat resipi untuk membuatnya. Mudah dan boleh dicuba.

KUIH TALAM GULA MELAKA

BAHAN A (Lapisan bawah)
3/4 cawan gula melaka
2 sudu besar gula
2 cawan air
1 1/4 cawan tepung gandum

BAHAN B (Lapisan atas)
1/4 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1/2 sudu kecil garam

CARA MEMBUAT
1. Lapisan bawah. Panaskan kuali kemudian masukkan gula melaka, gula dan air. Masak sehingga cair. Kemudian sejukkan seketika.
2. Campurkan semua bahan tadi termasuk tepung gandum. Kisar dan kemudian tapis.
3. Tuang adunan BAHAN A anggaran 3/4 penuh ke dalam acuan. Kukus 15-20 minit.


4. Lapisan atas pula. Kisar semua BAHAN B. Tapis dahulu.
5. Masukkan BAHAN B yang dikisar hingga memenuhi acuan.
6. Kukus lagi 10-15 minit.
7. Sejukkan dan sedia dihidang.

Siap!
Sedap!

Selamat mencuba!

Sumber: https://www.instagram.com/p/BuVqtdLlM_P/

IKLAN