Resipi Biskut Susu Alien Viral Mudah. Guna 4 Bahan Je!

Share

Resipi biskut mudah yang pastinya menjadi kesukaan anak-anak. Bahan nak buat pun mudah sangat. Hanya guna empat benda je. Jom cuba resipi perkongsian saudari MariaKhalisya Khalis ni. Boleh hias ikut kreativiti anda masing-masing.

 

BISKUT SUSU VIRAL 4 BAHAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 buku buttercup
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 400gm tepung jagung
  • 4 sudu makan susu tepung

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dan adun sampai jadi doh.

2. Jika adunan doh terlalu keras, tambah 2 sudu makan mentega supaya doh jadi sedikit lembut.

3. Cubit doh dan bentukkan ikut kreativiti. ( empunya resipi hias guna cip coklat).

4. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 165-170C menggunakan api bawah. Masak selama 25 minit. ( jika buat bentuk macam hersyes).

 

Kredit resipi & foto: MariaKhalisya Khalis

IKLAN