Baru hendak mula buat biskut raya? Sempat lagi pecut. Kita buat yang mudah-mudah sahaja. Yang penting tetamu suka. Resepi Biskut Cornflakes Madu, resepi biskut raya yang paling mudah, cepat dan sedap. Menggunakan Cornflakes dan madu sebagai bahan asas, cara penyediaannya tidak memerlukan masa yang lama. Jom kita cuba buat Biskut Cornflakes Madu seperti yang dikongsikan oleh Hasifah Che Mat
RESIPI BISKUT CORNFLAKES MADU
BAHAN-BAHAN:
500 gm Cornflakes 250 gm mentega/marjerin – BELI ONLINE 1 1/2 cawan gula perang (boleh ganti dengan gula kastor @ gula pasir) – BELI ONLINE 2 cawan madu – BELI ONLINE 2 cawan mixfruits Paper cup secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan mentega dan gula perang hingga sebati, api sederhana sahaja. Kemudian masukkan madu dan kacau sebati.
Ads
2. Bila sudah sebati dan tekstur jadi macam ni, tutup api. Masukkan cornflakes dan mixfruits. Kacau sebati.
3. Sudukan adunan guna sudu kecil biar comel dan tak melimpah isinya.
Ads
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160°C selama 10 minit atau ikut kesesuaian oven masing-masing.
5. Apabila sudah siap, sejukkan dahulu baru susun dalam balang.
Anda yang ingin membuat kek, tapi tidak ada oven, apa kata anda gunakan sahaja pengukus untuk melaksanakan impian buat kek. Berikut dikongsikan resipi Kek Coklat versi kukus yang sangat sedap, lembut gebu dan gerenti jadi kalau anda mencubanya. Pasti anak-anak sukakannya.
KEK COKLAT KUKUS BAHAN-BAHAN: DIBLENDER SEKALI:
2 cawan serbuk koko
2 cawan gula
2 cawan minyak masak
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
8 biji telur | diblander asing dan ketepikan. DIAYAK BERSAMA:
2 cawan tepung gandum
2sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecik baking powder BAHAN TOPPING:
Coklat masak secukupnya
Sedikit mentega atau marjerin
Badam cincang secukupnya | sangai dahulu
CARA MEMBUAT:
Dalam mangkuk, masukkan bahan yang diblender berselang seli dengan tepung yang telah diayak bersama.
Atau jika ingin lebih senang campurkan semua sekali bahan dalam blender dan blend sebati.
Sapukan loyang dengan marjerin atau mentega terlebih dahulu, kemudian tuangkan adunan ke dalamnya.
Panaskan air dalam pengukus, setelah mendidih, masukkan loyang adunan kek ke dalamnya, kukus selama 1 jam atau hingga masak menggunakan api sederhana.
Untuk topping, masak coklata bersama sedikit mentega atau marjerin secara double boil hingga coklat cair sepenuhnya dan sentiasa kacau.
Tuangkan atas kek, kemudian taburkan badan cincang di atasnya.
Setelah sejuk, kek sedia dipotong dan dihidangkan.
Teringin nak makan kek butter zaman mak-mak kita dulu. Bahan-bahan yang digunakan pun tidak banyak dan cara buatnya juga mudah. Inilah sebab ia menjadi kesukaan ramai. Teksturnya sangat lembut dan gebu. Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Rozel ini. Mesti korang puas dan tak berhenti makan sebab rasanya yang sedap.
#oven di panaskan terlebih dahulu#
1.Pukul butter dan gula hingga kembang dan putih
2.Masukkan telur satu per satu dan pukul lagi dlm 3 minute
3.Masukkan tepung gandum
4.Masukkan baking powder dan pukul lagi
5.Masukkan esen vanila dan pukul lagi
6.Sediakan loyang, sapu mentega di dalam dan keliling
7.Tuang adunan..ketuk-ketuk sikit biar sama rata dalam loyang
8.Bakar dalam suhu 175°c /45-50 minit bergantung pada oven.
Kredit resipi & foto: Rozel Kitchen
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Salah satu kek yang sedap adalah kek chiffon pandan. Baunya ketika dibakar pun dah boleh buat rasa berselera nak makan. Kali ini RASA kongsikan resipi yang pasti korang suka. Boleh cuba buat untuk Syawal nanti.
KEK CHIFFON PANDAN
BAHAN A
6 biji kuning telur
½ sudu kecil garam
1 cawan gula pasir
Pewarna hijau
Perisa pandan
2/3 cawan minyak jagung
2/3 cawan santan pekat
1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
2 sudu kecil baking powder (diayak)
CARA MEMBUAT BAHAN A
1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau sebati.
2. Masukkan pewarna hijau, perisa panda, minyak jagung dan santan pekat. Kacau lagi.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Gaul sebati dan ketepikan.
BAHAN B
6 biji putih telur
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil cream of tar tar
CARA MEMBUAT BAHAN B
1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
2. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga kembang.
3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi sehingga betul-betul kembang. Jika diterbalikkan adunan tidak jatuh.
CARA MEMASAK
1. Masukkan BAHAN B ke dalam BAHAN A sedikit demi sedikit.
2. Tuang adunan ke dalam periuk lubang.
3. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45 minit pada suhu 175c
4. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di atas redai kek sehingga sejuk.
5. Potong dan hidangkan.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.