Resipi Bihun Cakar Madu Ala Kuih Karas, Mudah Je Nak Buat

Share

Siapa pernah dengar atau buat Bihun Cakar Madu? Rupanya seperti kuih karas, tetapi yang ini ditekap dalam bentuk bulat.

Resipi yang dikongsi Ida Zaida

ini, menggunakan bihun dan rasanya rangup serta manis-manis buah.

Anak-anak mesti suka dengan hidangan ini yang comel dan sedap dikudap macam tu je.

 

BIHUN CAKAR MADU

BAHAN-BAHAN:

1 cawan air
1 cawan gula
1 plastik bihun
1 tutup pewarna

TONTON Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan Yang Sedap & Menyelerakan

TONTON Biscoff Brownies

CARA-CARA:

1. Masukkan air dan gula dalam kuali. Kacau sampai air gula menggelegak, kemudian masukkan pewarna pilihan.
2. Kacau-kacau sekejap. Bila agak-agak warna dah sebati, masukkan bihun.
3. Kacau lagi sampai warna dan bihun bersalut rata.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


4. Bila dah bersalut elok, boleh angkat letak dalam dulang atau apa-apa bekas.


5. Panaskan minyak dalam 1kg. Bila minyak dah panas, ambil sedikit bihun dan goreng sekejap, masukkan dalam apa-apa acuan.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


6. Saya masukkan dalam gelas plastik dan tekap (bahagian menekap ni kena cepat-cepat sebab dia tak kan melekat kalau dah sejuk).

saya guna gelas plastik ini untuk menekap

7. Kalau ada yang tak faham, boleh rujuk link video DI SINI.

Kredit resipi: Ida Zaida

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN