Makan

Resipi Ayam Phat Phet Ala Thai Yang Pedas Berapi & Padu Beraroma

Share

Kalau anda peminat masakan Thai, resipi Ayam Phat Phet Ala Thai ni wajib anda cuba! Hidangan ni terkenal dengan kuah pekat berempah yang membangkitkan selera, ditambah dengan aroma daun limau purut, serai, dan cili padi yang buat kita rasa macam makan dekat restoran Thai sebenar. Resipi ni bukan je senang disediakan, malah sangat sesuai untuk hidangan makan malam keluarga atau jamuan santai bersama kawan-kawan. Jom cuba.

AYAM PHAT PHET ALA THAI

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam | digaul bersama garam dan serbuk kunyit
  • 2 batang serai | diketuk
  • 5 biji cili padi | dihiris halus
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Asam jawa secukupnya
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Baby corn
  • Kacang panjang
  • Air secukupnya | kalau nak berkuah

 

Bahan Kisar:

  • 3 biji bawang merah besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • Sedikit air

 

Cara Memasak:

  1. Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng ayam hingga garing. Angkat dan toskan.
  3. Di dalam pengisar, masukkan bawang merah besar, bawang putih, halia, kunyit hidup dan sedikit air. Kisar hingga halus.
  4. Di dalam kuali, tumiskan bahan kisar dan masukkan serai yang telah diketuk. Tumis hingga pecah minyak.
  5. Kemudian, masukkan cili padi dan daun limau purut.
  6. Masukkan sos ikan, air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa dan gaul sebati.
  7. Boleh masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
  8. Tambahkan baby corn dan kacang panjang. Boleh tambah sedikir air kalau nak bagi hidangan berkuah.
  9. Gaul rata dan siap untuk dihidangkan.

 

TONTON VIDEO PENUH DI SINI:

 

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma