
Sedapnya ayam masala ni. Boleh makan dengan nasi. Makan dengan roti pun boleh. Ini RASA kongsikan resipinya. Cubalah buat. Sedap sesangat.
AYAM MASALA
Bahan perap (perap 30 minit)
1/2 kg ayam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 cm halia (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
Sedikit garam
Bahan lain
2 biji bawang besar (dicencang)
2 cm halia (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/4 cawan air
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Bahan Tumisan
2 sudu besar minyak masak
3 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu besar jintan manis (tumbuk)
Daun kari
Cara membuat
1. Panaskan minyak masak kemudian masukkan bahan tumisan satu demi satu mengikut turutan diberikan.
2. Kemudian masukkan bawang besar dan tumis hingga layu.
3. Masukkan halia dan bawang putih dab serbuk kunyit. Kacau supaya tumisan tidak hangus.
4. Sekarang tambah tomoto dan hancurkannya menggunakan senduk. Semakin kecil keping lebih mudah untuk dihancurkan cepat.
5. Masukkan serbuk ketumbar dan gaul rata. Tambahkan ¼ cawan air ke dalam masala ini. Kecilkan api kepada sederhana. Tutup periuk dan biarkan Masala dimasak selama beberapa minit sehingga pecah minyak.
6. Kemudian, masukkan kepingan ayam diperap tadi. Masak sehingga kelembapan dalam ayam keluar. Sekarang akan ada air yang cukup di dalam ayam untuk dimasak.
7. Tambah garam jika perlu. Tutup periuk dan masak di atas api yang sederhana.
8. Masak 8 hingga 10 minit. Lihat sama ada ayam telah masak, jika tidak masak tutup periuk lagi untuk beberapa minit lagi.
9. Setelah ayam masak, akhir sekali masukkan lada sulah dihancurkan di atas dan gaul rata.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Sarah Soaudi dari Telegram KakiMakan Channel
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
15 Resipi Lauk Pauk Berpantang Versi Sedap Yang Mak-Mak Baru Bersalin Boleh Makan Penuh Selera.

Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, pasti akan melalui tempoh berpantang yang cukup mencabar. Mana taknya, bukan semua makanan boleh dimakan kerana dikhuatiri akan melambatkan proses penyembuhan selepas bersalin.
Mereka dilarang untuk mengambil makanan yang sejuk dan gatal. Sepanjang tempoh itu, para ibu mesti memakan makanan yang dapat memberikan mereka tenaga, berkhasiat dan membantu penyembuhan luka bersalin dengan lebih cepat.
Sebenarnya terdapat pelbagai hidangan yang boleh dimasak sebagai lauk pauk sepanjang tempoh berpantang. Ia bukan sahaja menyihatkan badan bahkan rasanya juga sedap. Tidaklah asyik makan ikan kering bakar dan lada hitam dan kunyit tumbuk sahaja. Yang penting, ramuan yang dimasukkan tentu sekali yang elok untuk diambil oleh para ibu berpantang seperti kunyit, lada hitam, ginseng, mengkudu dan sebagainya. Malah, lauk pauk ini juga boleh dimakan oleh seisi keluarga lain. Boleh menjimatkan masa dan bajet bukan?
1. DAGING GORENG LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 300 gm daging batang pinang |hilis nipis
- 1 sudu teh ketumbar
- 1 sudu teh lada hitam |tumbuk kasar
- 1 biji bawang besar |hiris
- ½ inci halia |hiris
- Minyak masak secukupnya
- Gula dan garam secukupnya
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Perap daging dengan ketumbar, garam dan gula. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang dan halia hingga terbit wangi.
- Masukkan pula daging yang diperap serta lada hitam yang ditumbuk kasar. Boleh ditambah sedikit air dan renehkan supaya daging lebih empuk.
- Angkat dan sedia dinikmati.
2. PEGAGA MASAK LEMAK LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 200gm daun pegaga
- 1/3 cawan santan pekat
- 1 sudu makan ikan bilis
- 2 ulas bawang putih |hiris
- 1 ulas bawang merah |hiris
- 1 batang serai |titik
- 1 sudu lada hitam | tumbuk halus
- Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Cuci daun pegaga dan ketepikan.
- Panaskan santan bersama ½ cawan air. Kemudian masukkan bawang yang telah dihiris dan serai. Masukkan juga ikan bilis dan lada hitam. Kacau sebati.
- Masukkan daun pegaga, kacau sekati dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh tambah lada hitam yang tidak ditumbuk jika mahu. Lada hitam sangat elok diambil oleh ibu di dalam pantang kerana dapat membantu memanaskan badan dan mengeluarkan angin dalam badan.
3. AYAM MASAK BIJAN
BAHAN-BAHAN:
- 1/3 ekor ayam |bahagian dada, bersihkan
- 1 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang merah
- 3 inci halia
- Garam dan gula
- 3 sudu makan sos tomato
- 2 sudu makan bijan |digoreng tanpa minyak
- 1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Ayam dipotong kecil dan digoreng. Ketepikan.
- Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk.
- Tumis bahan tumbuk hingga terbit wangi dan tambahkan sos tomato, gula dan garam secukup rasa. Kacau sebati.
- Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul dengan bahan tumisan tadi. Taburkan bijan di atasnya.
- Angkat dan sedia dinikmati.
4. IKAN MERAH SINGGANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping ikan merah
- 2 ulas bawang putih |hiris halus
- 2 ulas bawang merah |hiris halus
- 1 batang serai |titik
- ½ inci halia |hiris
- ½ inci lengkuas |hiris halus
- 2 keping asam gelugur
- ½ sudu teh serbuk kunyit
- 2 cawan air
- Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Basuh ikan merah sebersihnya. Ketepikan.
- Didihkan dua cawan air di dalam periuk. Masukkan serbuk kunyit, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris.
- Masukkan juga serai yang telah dititik, halia dan lengkuas yang telah dihiris. Masukkan pula ikan dan asam gelugur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Biar mereneh seketika sehingga ikan masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
5. AYAM PANGGANG HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 1/3 ekor ayam |bahagian paha
- 1 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang merah
- 3 inci halia
- Garam secukupnya
- Sedikit serbuk kunyit
- Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk.
Kemudian gaulkan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan garam sekata. Lumur rata pada ayam dan perapkan sebentar. Ketepikan. - Alaskan daun pisang di dalam dulang pembakar dan bakar menggunakan pan atau ketuhar sehingga ayam masak sepenuhnya.
- Sedia dinikmati.
6. SUP LOBAK PUTIH DAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 batang lobak putih
- 1 batang lobak merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 1 tangkai daun sup dan daun bawang.
- 1 sudu ikan bilis
- ½ sudu lada sulah
- Garam dan gula secukupnya
- 3 cawan air
CARA MEMASAK:
- Lobak putih dan merah dibuang kulit, dibelah dua dan dihiris ½ lebar. Ketepikan.
- Panaskan air di dalam periuk, setelah mendidih masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris, masukkan ikan bilis dan juga lobak merah dan putih. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga lobak empuk. Sekiranya perlu boleh ditambah air.
- Akhir sekali tambahkan lada sulah, daun sup dan daun bawang. Kacau perlahan dan biar mereneh seketika.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
7. IKAN TALAPIA MERAH PANGGANG DAUN KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan tilapia merah |bersihkan
- ½ serbuk kunyit
- 3 helai daun kunyit
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kelar ikan dan lumur dengan kunyit dan garam dengan sekata.
- Kemudian balut ikan dengan daun kunyit. Sediakan kuali pembakar dan ikan dibakar sehingga masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
8. IKAN GELAMA MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan gelama
- 2 batang serai
- 2 keping asam gelugur
- 2 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang merah
- ½ inci halia
- 1 inci daun kunyit
- Gula dan garam
- 2 cawan air
CARA MEMASAK:
- Didihkan dua cawan air atau boleh lebihkan air jika perlu.
- Masukkan asam gelugur, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris. Masukkan juga daun kunyit dan halia serta serai yang telah dititik. Masak di atas api dan kacau perlahan.
- Setelah itu masukkan ikan, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Renehkan seketika.
- Angkat dan sedia dinikmati.
9. DAGING BAKAR LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging batang pinang |bersihkan dan potong nipis
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- ½ sudu teh kunyit
- Sedikit garam dan gula
- ½ sudu teh lada serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
- Perap daging dengan serbuk ketumbar, lada hitam, serbuk kunyit, garam dan gula. Lebih lama diperap lebih enak. Ketepikan.
- Setelah itu, bakar di atas pan sehingga garing. Angkat dan sedia dinikmati.
10. IKAN TENGGIRI GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping ikan tenggiri |bersihkan
- 3 inci halia |hiris halus
- 2 sudu teh kicap manis
- 1 biji bawang besar |hiris
- ½ cawan minyak masak
- Garam dan serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
- Ikan tenggiri dicuci, lumur garam dan kunyit. Kemudian digoreng hingga garing. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis halia dan bawang besar hingga terbit wangi. tambahkan kicap manis dan masukkan ikan. Gaul sekata.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
11. KERABU DAUN MENGKUDU
BAHAN-BAHAN:
- 200gm pucuk mengkudu muda
- 3 sudu teh kelapa parut
- ½ biji bawang besar |racik
- Garam dan Gula
- 1 sudu teh cuka
CARA MEMASAK:
- Pucuk mengkudu dicelur sebentar. Toskan airnya dan dihiris 1 inci panjang. Ketepikan.
- Bawang dihiris. Di dalam satu mangkuk, satukan pucuk mengkudu, bawang hiris, Kelapa parut dan cuka. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
- Sedia dihidangkan.
12. KERABU PEGAGA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 200gm pegaga
- 1 biji bawang besar |mayang
- 3 sudu makan kelapa parut
- 1 sudu teh cuka
- 3 sudu teh ikan bilis
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Pegaga dibersihkan dan dipotong 1 inci panjang. Ketepikan.
- Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan.
- Bawang besar dimayang dan masukkan ke dalam satu mangkuk. Kemudian campurkan ikan bilis, cuka, pegaga dan kelapa parut. Gaul sebati. Tambahkan gula dan garam secukup rasa, gaul sebati sekali lagi.
- Sedia dinikmati.
13. AYAM KUKUS CUKA
BAHAN-BAHAN:
- 1/3 ekor ayam bahagian dada
- 2 sudu cuka
- 2 inci halia |dihiris
- 1 sudu lada hitam |tumbuk halus
- Garam dan gula secukupnya
- Daun pisang dan lidi untuk membungkus
CARA MEMASAK:
- Potong dada ayam kepada beberapa bahagian kecil. Gaulkan ayam dengan halia, garam, gula dan lada hitam serta cuka. Bungkus di dalam daun pisang dan kukus sehingga masak.
- Angkat dan sedia dinikmati.
14. HATI LEMBUT MASAK LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
- ½ kg hati lembu |bersihkan dan hiris nipis
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 sudu ketumbar
- 2 sudu serbuk kurma
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 inci halia
- 2 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- 4 keping daun limau purut
- 3 sudu lada hitam ditumbuk halus
- 4 sudu minyak masak
- 1 keping asam gelugur
- 1 batang serai
- Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Hati lembu dipotong nipis. Ketumbar, bawang putih, bawang merah dan halia dikisar halus. Serai pula dititik.
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar, masukkan juga rempah kurma,kulit kayu manis dan bunga lawang serta serbuk kunyit dan serai. Masukkan hati lembu dan gaul sekata.
- Tambahkan air, didihkan sehingga hati empuk. Kemudian masukkan asam gelugur dan lada hitam.
- Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.. Akhir sekali masukkan daun limau purut.
- Sedia dihidangkan.
15. IKAN HARUAN BAKAR SOS LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping ikan haruan |bersihkan
- 1 inci halia
- 1 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang merah
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk kunyit
- Daun pisang untuk membalut
BAHAN UNTUK SOS LADA HITAM:
- 1 sudu lada hitam |ditumbuk halus
- 1/3 cawan air
- ½ sudu tepung jagung
CARA MEMASAK:
- Halia, bawang putih dan bawang merah ditumbuk.
- Gaulkan ikan haruan dengan bahan tumbuk berserta garam dan serbuk kunyit.
- Balut dengan daun pisang dan bakar sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Untuk membuat sos lada hitam: Satu sudu lada hitam ditumbuk halus dan dicampurkan dengan 1/3 cawan air dan ½ sudu tepung jagung. Kacau di dalam kuali selama 10 minit hingga memekat. Angkat dan sedia dihidangkan bersama ikan haruan bakar.
Ayam Kukus Masak Taucu Pedas Masakan Tradisi Orang Teochew

Mudah dengan hanya gaul sebati bahan-bahan dan kukus. Resipi orang teow chew versi halal dan sihat.
AYAM MASAK TAUCU PEDAS

BAHAN-BAHAN:
- 6 ketul ayam bahagian paha dan betis-bersihkan dan potong kecil
- 1 biji bawang holland-dicincang
- 1 labu bawang putih-dicincang
- 6 cili merah dicincangkan-jika mahu pedas boleh gantikan densgan cili api
- 1 sudu besar taucu
- 1 sudu besar gula perang-boleh ganti gula putih
- 4 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu kecil serbuk pati ayam
- Sedikit lada sulah
- 1 batang daun bawang-dihiris

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan sebati bahan-bahan dalam mangkuk. Alihkan ie dalam dulang dan kukus dalam 40 minit.
2. Kukus ayam tanpa campur air. Selepas kukus akan penuh juice ayam dalam dulang.
3. batang daun bawang hiris kecil dan masukkan bila ayam sudah hendak masak dalam 30 minit dan kacaukan kejap dan kukus balik 10 minit.
4. Siap boleh hidangkan.
INFO:
Resipi ini tidak menggunakan garam sebab sudah ada kicap cair. Tapi kalau yang ingin rasa masin boleh letakkan garam secukup rasa.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Mary Teo Lee Na
Resipi Khemok Ayam, Paling Sedap Makan Dengan Nasi Minyak

Isi Kandungan
ToggleNasi minyak selain dimakan dengan ayam masak merah, ia juga enak dimakan dengan gulai ayam. Malah di Terengganu hidangan nasi minyak memang kebiasaannya dihidang dengan gulai ayam atau dipanggil khemok ayam.
Gulai ini memang lain rasanya berbeza berbanding gulai ayam biasa kerana penggunaan rempah khusus yang popular di Terengganu. Bagi yang pernah merasai pasti takkan lupa kesedapannya. Jika mahu menikmatinya kembali boleh cuba memasaknya sendiri mengikut perkongsian Muliadi Ramli.
Resipi khemok ayam atau gulai ayam nasi minyak
Bahan-bahan
2 kg ayam
4 sb rempah gulai Cap Bunga Rose
2 sb rempah masak Cap Bunga Rose
5 sb sos tomato Del Monte
5 biji biji badam (disangai dan ditumbuk halus untuk gulai rasa lemak)
1 1/2 cawan bawang goreng
1/2 tin susu cair
Gula melaka
Garam secukup rasa
Bahan kisar halus
2 biji bawang besar
10 biji bawang merah
2 inci lengkuas
1 1/2 inci halia
Bahan tumisan
1 biji bawang besar (dimayang)
2 helai daun pandan (disimpul)
4 sekawan rempah
2 sb cili boh
Minyak masak
Cara memasak
1. Tumiskan bahan tumisan hingga wangi. Masukkan cili boh, tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan bahan dikisar halus. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan rempah Cap Bunga Rose gaul sebati.
3. Tumis lagi hingga pecah minyak, masukkan bawang goreng. Kacau rata kemudian masukkan 2 cawan air untuk kuahnya.
4. Masak hingga kuahnya pecah minyak. Kemudian masukkan ayam, tutup periuk antara 10 ke 15 minit.
5. Kemudan masukkan susu cair, gula melaka dan garam secukup rasa. Tambah air jika perlu. Renih dengan api yang paling kecil.
6. Masak sampai kuahnya sedikit pekat. Tutup api dan sedia dihidangkan bersama nasi minyak.
TIP : Selepas kuah pecah minyak, jangan masak ayam terlalu lama supaya tidak hancur. Boleh juga keluarkan ayam terlebih dahulu sehingga kuah masak pekat elok kemudian masukkan semula ayam.
Kredit resipi & foto: Muliadi Ramli