Resipi Ayam Masak Thai Ala Kedai Siam Paling Sedap & Mudah Masak

Share

Sedapnya Ayam Masak Thai ni. Jika dah jemu dengan menu Ayam Pedas, Ayam Halia, Ayam Sambal, Ayam Kicap dan sebagainya, apa kata hari ni cuba menu mudah perkongsian saudari Mleisya Scarf Comel Sokmo. Bahan nak masak sangatlah ringkas. Rasanya memang sangat sedap. Jadi anda kena cuba. Dijamin tak menyesal punya.

 

CARA MASAK AYAM MASAK THAI YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam – dilumur garam & kunyit
  • 1 biji cili merah – beli online DISINI
  • 2-3 helai daun limau purut – beli online DISINI
  • 3 batang serai – beli online DISINI
  • 1 biji bawang besar – beli online DISINI
  • Sos ikan – beli online DISINI
  • Sos tiram – beli online DISINI
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN TUMIS:

  • 2 biji cili merah – beli online DISINI
  • 3 biji cili padi – beli online DISINI
  • 2cm kunyit hidup – beli online DISINI
  • 5 ulas bawang putih – beli online DISINI

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan toskan.

2. Masak bahan tumis sehingga naik minyak. Seterusnya masukkan serai dan bawang besar. Gaul rata sambil diperasakan dengan sos tiram dan sos ikan.

3. Kemudian masukkan ayam goreng dan perasakan dengan garam serta gula secukupnya.

4. Bila ayam dah masak dan sekata dengan bahan tumis, masukkan daun limau purut dan hirisan cili merah. Gaul hingga sekata.

5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mleisya Scarf Comel Sokmo

 

Nak beli KUALI NON STICK baru? Pilih DISINI. Ada pelbagai saiz dan jenama.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN