Sedapnya Ayam Masak Thai ni. Jika dah jemu dengan menu Ayam Pedas, Ayam Halia, Ayam Sambal, Ayam Kicap dan sebagainya, apa kata hari ni cuba menu mudah perkongsian saudari Mleisya Scarf Comel Sokmo. Bahan nak masak sangatlah ringkas. Rasanya memang sangat sedap. Jadi anda kena cuba. Dijamin tak menyesal punya.
Pizza homemade resipi perkongsian saudari Shai Anne Ahemed ni nampak sangat sedap. Dari doh hinggalah ke topping, ringkas sahaja namun bila buat sendiri ni, bermacam-macam resipi boleh dicuba. Topping pun boleh letak mengikut selera dan cita rasa. Tak kedekut bahan! Silap haribulan, lebih mewah dan enak berbanding pizza di restoran. Jom cuba buat pizza homemade ni untuk keluarga. Pasti ramai yang suka.
CARA MEMBUAT PIZZA HOMEMADE YANG SEDAP
BAHAN DOH PIZZA: 1/2 cawan air suam 1 sudu makan yis – beli online disini 1 sudu teh gula 2 cawan tepung gandum – diayak – beli online disini 1/2 sudu teh garam 1 sudu teh pelembut roti (softener/bread improved) – beli online disini 2 sudu makan minyak sayuran atau minyak zaitun
BAHAN TOPPING: Sos spageti secukupnya – beli online disini Keju (empunya resipi guna cheddar dan mozzarella) Bahan topping mengikut kegemaran masing-masing (sosej, pepperoni, capsicum, nanas, bawang, cili, tuna, daging kisar dan sebagainya)
CARA MEMASAK: 1.Bancuh yis dan gula bersama air suam. Biarkan sehingga berbuih (lebih kurang 15 minit). 2. Di dalam bekas lain, gaul tepung bersama garam dan pelembut roti. 3. Masukkan minyak dan campuran yis tadi. Uli sehingga menjadi doh (boleh tambah @ kurangkan air mengikut kesesuaian) 4. Sapukan bekas besar dengan minyak. Perap doh lebih kurang 60 minit atau sehingga doh naik dua kali ganda. 5. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Canai doh menjadi leper dan masukkan ke dalam bekas pembakar yang sesuai.
6. Sapu sos spageti pada doh dengan secukupnya. 7. Seterusnya tabur topping dan keju mengikut selera dan cita rasa masing-masing.
8. Bakar pizza selama 25-30 minit menggunakan api atas bawah pada suhu 200C atau sehingga masak.
Menu soto dan laksa, hidangan paling sesuai untuk menggantikan nasi. Sedap dan juga mengenyangkan.
Sesuai dimakan pada bila-bila masa saja, lagi-lagi sarapan dengan soto dan laksa, memang terangkat!
Soto dan laksa, sajian kaya rempah dan berperisa ni memang kegemaran zaman berzaman-zaman.
SOTO AYAM BLC
BAHAN BAHAN:
1 ekor ayam | potong 4 1 sudu teh serbuk jintan manis 1 sudu teh serbuk jintan putih 2 sudu makan serbuk lada putih (2-4 biji) bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga 2 sm kayu manis
5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2.5 sm halia
BAHAN UNTUK MENUMIS/DIKISAR :
5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2.5 sm halia 1 sudu teh lada hitam
BAHAN SAMBAL CILI KICAP:
Segenggam cili padi | ditumbuk 2 ulas bawang putih | ditumbuk Kicap lemak manis ikut suka 1 -2 biji limau kasturi (perah airnya) (Goreng dulu cili + bawang putih dan kisar, satukan semua bahan dengan kicap)
1. Panaskan minyak dalam periuk. 2. Tumis bahan yg dihiris hingga naik bau. 3. Masukkan rempah penumis bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, dan kayu manis dan masukkan serbuk jintan manis, jintan putih serta lada putih. 4. Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga wangi.Masukkan ayam dan gaul seketika. 5. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. 6. Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus. 7. Masukkan sedikit serbuk perasa dan garam. 8. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit dan mee hoon yang dicelur. 9. Sebagai bahan tambahan kuah soto ini lebih enak dimakan dimakan bersama bergedil kentang, kacang tanah goreng, soo hoon goreng dan taugeh yang dicelur dan sambal cili kicap. Jangan lupa letakkan ayam carik. 10. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai pelengkap rasa.
INFO CHEF:Sajian soto Johor ini adalah makanan popular masyarakat Jawa, Johor. Tidak lengkap jika tanpa sambal kicap versi Johor ini.
LAKSA JOHOR
BAHAN-BAHAN:
400gm satu paket spageti Garam secukup rasa Beberapa titik minyak zaitun atau minyak masak
BAHAN A:
1 kg ikan kembung | direbus & ambil isi 500gm ikan parang | direbus & ambil isi 500gm udang basah | rebus & ambil isi 3 keping ikan kurau masin 5 sudu makan udang kering | direbus bersama 3-4 ekor udang basah
8 keping asam gelugur 3 biji kelapa parut (ambil santan pekat) 1 sudu makan gula melaka 1 mangkuk air rebusan udang & air rebusan ikan
BAHAN DIKISAR HALUS:
20 tangkai cili kering 15 ulas bawang merah 10 ulas bawang putih 10 batang serai 4 sm halia 4 sm lengkuas 2 sm kunyit hidup 3 sm belacan 9 sudu makan biji ketumbar 3 sudu makan biji jintan putih 3 sudu makan jintan putih 2 biji buah keras 4 sudu makan kerisik
Limau kasturi | dipotong untuk diperah Tauge Daun kesum @ daun selasih Timun Sambal belacan Bawang besar | dipotong bulat Kacang panjang Lobak asin
CARA MASAK:
1. Lebihan air rebusan ikan dibahagi dua. Ketepikan. Kisar semua bahan A bersama sebahagian air rebusan ikan. Ketepikan. 2. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar halus sehingga wangi. 3. Masukkan bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan B dan kacau rata. 4. Didihkan dan masak sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa. 5. Kemudian rebuskan spaghetti dalam air yang mendidih yang telah dimasukkan garam. Rebus sehingga kenyal ‘ala dente’ dan tidak terlalu lembut. 6. Toskan dan titikkan minyak zaitun agar tidak melekat. Masukkan spageti dalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa tadi. 7. Hidangkan bersama bahan ulam-ulaman dan sambal belacan. 8. Bagi memasak sambal belacan, ambil belacan bakar dan tumbukkan bersama cili hidup atau cili kering yang direbus. Tumbuk lumat dan perahkan limau kasturi.
INFO CHEF: Anda boleh juga menggunakan ikan selayang (sardin) menggantikan ikan kembung. Selain ikan parang, anda juga boleh menggunakan ikan tenggiri.
SAYUR TUMIS LAKSA BEBOLA SARDIN
BAHAN-BAHAN:
2 ekor sardin segar | asingkan isi dari tulang 1 biji bawang besar | dikisar 3 ulas bawang putih | dikisar 1 sudu makan lada hitam | ditumbuk Minyak untuk menumis 1 ikat kangkung 1 lobak merah | dipotong jejari 50 gm kubis bunga 350 gm bihun | direndam dengan air biasa Air secukupnya 4-5 keping keropok mentah Garam secukup rasa
1. Isi ikan yang telah diasingkan daripada tulang, dikisar lumat. Bulatkan tanpa campur apa-apa bahan. 2. Tumiskan bahan -bahan yang dikisar dalam periuk dengan sedikit minyak sampai naik bau. 3. Masukkan air dalam 450 ml (dua mangkuk) ke dalam periuk. 4. Bila mendidih masukkan lobak merah, bebola sardin, bila bebola dah terapung (masak) masukkan sayur kangkung, kubis bunga dan bihun dan keropok mentah. Siap untuk hidangan.
INFO CHEF :Sajian asal di Terengganu menggunakan mee lidi. Sayuran yang banyak dan ikan sardin menjadikan ia sajian berkhasiat.
KARI LAKSA UDANG YABBY
BAHAN PES LAKSA (DIKISAR):
300 gm cili kering | dibuang cili 150 gm halia | dihiris nipis 200 gm ulas bawang putih | diketuk 180 gm bawang kecil 80 gm serai| dihiris halus ½ cawan minyak masak 2 sm belacan | dibakar terlebih dahulu 1 ½ sudu makan serbuk ketumbar 2 sudu makan serbuk kari 1 sudu makan serbuk jintan putih 600 gm udang yabby 200 gm kek ikan (sudah dimasak) ¼ cawan minyak masak 200 ml santan kelapa 1 liter air stok ayam 10 keping tofu (jika suka) 12 auns peha ayam | dibuang tulang & kulit 400 gm mi laksa 2 sudu kecil gula melaka @ gula perang/garam kosher 3 biji telur rebus lembut Gula & garam secukupnya
BAHAN HIASAN:
Tauge, daun pudina, hirisan limau nipis dan sambal tumis (jika suka)
CARA MASAK:
1. Masukkan bahan-bahan pes laksa dan kisar hingga menjadi pes. 2. Panaskan kuali/periuk di atas api sederhana. Masukkan pes laksa hingga pes sedikit perang, lebih kurang 2 minit. 3. Masukkan separuh dari santan, dan teruskan memasak, kacau, biarkan sehingga ia tinggal separuh, lebih kurang 4- 6 minit. 4. Masukkan stok ayam, tofu, dan baki santan tadi. Biarkan mendidih hingga 10 minit. 5. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya. Celur laksa dan tauge dalam air panas. 6. Tuangkan kuah laksa di atasnya dan hidangkan bersama tauge, daun pudina, hirisan limau dan sambal (jika suka).
INFO CHEF:Udang Yabby adalah sejenis udang air tawar Australia. Harganya lebih mahal tetapi rasanya yang sungguh manis menjadikan kari laksa lebih lazat.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Zaman sekarang, orang ramai semakin terbuka dengan penjagaan badan. Kalau boleh, badan nak maintain slim melim. Tak nak ada lemak tersorok sana sini. Berat badan pun nak ideal sahaja.
Nah, kali ini RASA kongsikan resipi pasta salmon. Ikan salmon ni memang mahal harganya tapi sangat bagus bagi yang sedang diet. Selain kurang berlemak, ikan salmon ada banyak khasiat untuk tubuh. Cubalah!
Sedapnya.
BAHAN LEMON MENTEGA
3 ulas bawang putih (racik halus)
2 sudu besar jus perahan lemon
2 sudu besar mentega
Sedikit serbuk cili kasar
CARA MEMBUAT LEMON MENTEGA
1. Tumis bawang putih. Masukkan air perahan lemon, mentega dan serbuk cili kasar.
2. Matikan api dan ketepikan.
BAHAN SALMON PANGGANG
1 keping ikan salmon
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
CARA MEMASAK SALMON PANGGANG
1. Gaulkan ikan salmon bersama garam dan lada hitam. Letakkan di atas aluminium foil.
2. Panggang salmon di atas kuali sehingga masak.
3. Masukkan separuh campuran lemon dan mentega ke atas ikan salmon.
4. Biarkan sebati, ketepikan.
BAHAN PASTA
1/2 bawang holand (potong dadu)
250 gram pasta (direbus sampai lembut)
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam
Sedikit daun sup
Sedikit sayur pilihan
CARA PENYEDIAAN PASTA
1. Panaskan kuali. Tumis bawang holand dan baki separuh lagi lemon mentega.
2. Masukkan pasta dan 1/4 cawan air rebusan pasta tadi.
3. Masukkan garam dan lada hitam.
4. Masukkan daun sup dan sayur pilihan.
5. Sedia dihidang bersama salmon panggang tadi.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!