
Resipi ayam masak sos ini memang mudah amat dan sesuai sangat untuk hari-hari sibuk. Tak perlu tumis lama, bahan pun tak banyak, tapi hasilnya sedap sampai menjilat jari!
Paling menarik, lauk ini tak perlu ditambah garam pun kerana rasa masin manis sudah cukup daripada bahan-bahan sos yang digunakan.
Resipi ini dikongsi oleh Nor Farah Atika dan menjadi kegemaran keluarganya kerana cepat sedia dan rasa yang mesra selera semua.
Resipi Ayam Masak Sos
Bahan-bahan
4-5 ketul ayam
1 sk serbuk kunyit
1 sk mushroom seasoning
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Bahan dihiris
Bawang merah/bawang holland
Bawang putih
Lobak merah
Cara Penyediaan
1. Basuh bersih ayam dan potong kecil.
2. Gaul ayam dengan kunyit, mushroom seasoning, tepung jagung dan cili kisar. Perap selama 15 minit.
3. Goreng ayam hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan ayam dalam kuali.
4. Gunakan minyak gorengan yang sama tapi kurangkan kuantitinya, masukkan sos tiram dan sos cili. Kemudian masukkan sekali semua bahan hiris, lalu gaul sebati.
5. Tuang sedikit air agar berkuah. Gaul lagi hingga sebati. Siap.
Lauk ini tak perlu garam kerana sos tadi sudah secukup rasa.
Tip RASA
- Untuk rasa lebih pedas, boleh tambah hirisan cili padi ketika tumis bawang.
- Nak lebih rangup? Goreng ayam dalam minyak banyak dan suhu tinggi selama 3-4 minit sahaja.
Kredit resipi & foto: Nor Farah Atika
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI