Resipi Ayam Masak Serai Yang Ringkas Tapi Sedap Tak Terkata

Share

Anda mahukan resipi yang mudah, ringkas dan cepat tetapi sedap? Cuba masak ayam masak serai ala Thai ini. Menu yang wajib anda cuba. Memang sedap tak terkata. Boleh bertambah nasi dibuatnya. Jom kita lihat resipi yang dikongsi oleh Puan Effarina Faizal ini.

AYAM MASAK SERAI

 

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ketul kepak ayam | bahagian tengah
  • 3 ulas bawang putih – beli online DISINI
  • 6-7 tangkai cili api merah
  • 3-4 batang serai | dihiris – beli online DISINI
  • Daun kari | boleh gantikan dengan daun limau purut
  • 3 sudu besar sos tiram – beli online DISINI
  • 2 sudu besar kicap cair @ sos ikan – beli online DISINI
  • 2 sudu besar madu – beli online DISINI
  • Garam – beli online DISINI
  • Serbuk perasa

 

CARA MEMASAK:

1. Tumis bawang putih dan cili api sehingga naik bau.

 

2. Masukkan ayam ke dalam kuali dan biar seketika.

 

3. Kemudian, masukkan sos tiram.

 

4. Masukkan serai yang dihiris halus.

 

5. Masukkan kicap cair dan madu.

 

6. Masukkan daun kari dan biar sehingga ayam masak.

 

7. Bila kuah sudah sebati dan meresap ke dalam ayam, itu bermakna masakan anda sudah siap!

 

INFO: JIKA SUKA RASA MASAM, BOLEH TAMBAHKAN PERAHAN LIMAU.

 

Kredit resipi & foto: Effarina Faizal

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN