Resipi Ayam Masak Merah Versi Kenduri, Makan Tak Cukup Seketul

Share

RASA kongsikan resipi ayam masak merah melalui sumber seorang pengguna facebook bernama Rohayu Ramli. Dia sememangnya rajin memasak dan kerap mengambil tempahan memasak set nasi hujan panas atau nasi minyak berlaukkan ayam masak merah.

Dia yang juga seorang usahawan Minaz Hijab Shah Alam turut mengakui ayam masak merah versi kenduri yang dibuatnya kerap mendapat pujian. Disebabkan itulah menu tersebut kerap diulang pesan oleh ramai pelanggan tetapnya.

Jom kita lihat resipi yang dikongsikan.

AYAM MASAK MERAH VERSI KENDURI

BAHAN ASAS
1 ekor ayam (potong kecil)
2 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN TUMIS
1 biji bawang besar (hiris)
2 batang serai (diketuk)

BAHAN KISAR
2 genggam cili kering (potong, buang biji dan rebus)
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 biji tomato

BAHAN HIASAN


2 biji tomato (dipotong kecil)
1 tangkai daun sup (hiris halus)

CARA MEMBUAT
1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak masak. Goreng ayam separuh masak.
3. Angkat dan ketepikan.
4. Kurangkan minyak masak dalam kuali tadi. Tinggalkan sedikit sahaja untuk menumis.
5. Ambil BAHAN TUMIS. Tumiskan sehingga layu.
6. Masukkan pula BAHAN KISAR. Teruskan menumis sehingga pecah minyak.
7. Jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit air.
8. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi.
9. Gaul lagi dan biarkan masak seketika.
10. Taburkan tomato dan daun sup. Sedia dihidang.

Lauk ayam masak merah versi kenduri ini memang sedap dimakan bersama nasi minyak basmathi dan acar nanas.

Set nasi minyak basmathi.
Rohayu turut ambil tempahan single pack seperti ini.

Sumber: Rohayu Ramli

IKLAN