Resipi Ayam Masak Merah Ala Kampung, Punyalah Sedap Sampai Habis Tinggal Tulang Je

Share

Ayam Masak Merah memang cukup sinonim dengan kenduri kahwin. Ada berbagai versi Ayam Masak Merah namun Ayam Masak Merah Ala Kampung tetap menjadi pujaan hati.  Marilah kita cuba resipi Ayam Masak Merah Ala Kampung seperti yang dikongsikan oleh Liza Idris Menu ayam ‘special’ ini bukan sesuai dijadikan santapan untuk hari istimewa sahaja tetapi hari biasa pun boleh juga termasuk untuk majlis rumah terbuka.

RESIPI AYAM MASAK MERAH ALA KAMPUNG

BAHAN UTAMA:

1/2 ekor ayam digoreng bersama garam kunyit

BAHAN DIKISAR:

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering

BAHAN SOS:

3 sudu besar sos cili – BELI ONLINE
2 sudu besar sos tomato – BELI ONLINE
2 sudu besar sos tiram – BELI ONLINE
1 sudu besar kicap – BELI ONLINE
1 biji bawang besar (dipotong bulat)


Herba 4 sekawan

CARA MEMBUAT:

1. Tumiskan semua bahan-bahan kisar.

2. Masukkan herba empat sekawan.

3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau seketika.

 

4. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.

5. Masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi.

5. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat-bulat. Masak seketika dan angkat. Hidangkan.

 

Sumber kredit: Liza Idris

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN