
Resipi ini sangat praktikal dan sedap. Sesuai jika anda masakkan untuk anak-anak yang kurang gemar untuk makan nasi. Hidangan ini boleh membangkitkan selera dan tidak perlu gunakan cili kering jika tidak mahu rasa pedas.
Anda boleh gunakan resipi ini untuk membuat kuah sizzling yee mee atau nasi claypot. Jika kurang sukakan ayam, protein boleh digantikan daging atau makan laut seperti udang dan sotong.
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | dipotong lapan
- 4 biji cendawan hitam kering | direndam
- 50gm cendawan hitam | direndam
- 5 sudu makan sos tiram
- Sedikit minyak bijan
- 2cm halia | dihiris
- 3 ulas bawang merah | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 3 tangkai cili kering | dipotong kasar
- Minyak untuk menumis
- Garam sekiranya perlu
- Sedikit kicap
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis halia, bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan ayam, sos tiram, air dan sedikit kicap. Gaul rata. Biarkan seketika sehingga isi ayam empuk.
- Masukkan cendawan kering, cendawan hitam dan cili kering. Masukkan juga sedikit minyak bijan. Gaul rata.
- Perasakan dengan garam jika perlu. Biarkan sebentar sebelum api ditutup.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Koleksi Lauk Pauk Kari Sedap & Mudah, Buat Lebih Boleh Frozen

Tidak kira bangsa orang Malaysia memang sinonim dengan kari, menariknya kari ni pulak ada pelbagai jenis dan cara memasaknya.
Malah isiannya juga berbagai ragam, tak percaya ini RASA kongsikan sembilan resipi kari yang sedap dan mudah disediakan dan korang boleh cuba untuk hidangan keluarga sepanjang minggu ni.
KARI TULANG RUSUK KENTANG

BAHAN-BAHAN:
1kg tulang rusuk | dibersihkan
500ml santan pekat – beli online di sini
500ml air rebusan tulang
100ml air asam jawa
3 sudu makan rempah kari daging – beli online di sini
3 biji kentang | dibelah empat – beli online di sini
6 ulas bawang merah | dihiris – beli online di sini
4 ulas bawang putih | dihiris – beli online di sini
4cm halia muda | dihiris – beli online di sini
2 batang serai | dititik
1 tangkai daun kari | dihiris
1 biji tomato | belah empat
2 biji cili hijau | belah dua
4 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
3 tangkai bunga cengkih
2 tangkai bunga lawang
4 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
2cm halia
Dapatkan Khind 3.5L Air Fryer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Rebus tulang hingga empuk. Ketepikan dan asingkan air rebusan tulang.
2. Panaskan minyak, tumis bahan hirisan bersama serai, rempah penumis dan daun kari hingga wangi.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Masukkan bahan kisar, kacau rata seketika kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga timbul minyak.
4. Masukkan tulang yang telah direbus dengan air rebusan bersama kentang.
5. Apabila kentang empuk masukkan santan, air asam jawa, garam, gula secukup rasa.
6. Kecilkan api, biarkan mereneh lebih kurang lima minit. Sebelum angkat masukkan tomato dan hirisan cili.
KARI TELUR IKAN

BAHAN-BAHAN:
1kg telur ikan | dibersihkan dan tos
500ml susu rendah lemak
150gm yogurt
1 peket rempah kari ikan
1 makan pes cili kering
1sudu makan pes asam jawa
1 tangkai daun kari | lurutkan daun dari tangkai
1 sudu makan halba campur
2 biji cili hijau | belah dua
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN HIRIS:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan hirisan bersama halba campur hingga wangi.
2. Masukkan pes cili, kacau rata. Seterusnya masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan daun kari, kacau lagi dan masukkan air asam jawa dan susu rendah lemak.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Selepas mendidih lebih kurang 3-4 minit, masukkan telur ikan yang telah dibersihkan tadi.
5. Apabila telur ikan sudah masak, masukkan yogurt, garam dan gula secukup rasa.
6. Kecilkan api, masukkan cili hijau dan biarkan mereneh lebih kurang lima minit. Angkat dan hidangkan.
KARI DAGING TETEL

BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel | hiris
½ batang lobak merah
150gm brokoli
10 biji cili padi | buang tangkai
3 batang kacang panjang
2 biji cili hijau | belah dua
2 biji tomato | belah empat
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
500ml santan
500ml air rebusan daging
1 sudu makan pes asam jawa
3 sudu makan rempah kari daging
Garam dan guna secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
1. Daging tetel dicuci bersih, kemudian rebus hingga empuk. Ketepikan dan asingkan 500ml air rebusannya.
2. Panaskan minyak, tumis rempah penumis bersama daun kari hingga wangi. Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
4. Apabila pecah minyak masukkan daging tetel, air rebusan dan santan bersama air asam jawa.
5. Setelah mereneh lebih kurang 10 minit. Masukkan pula, lobak merah, brokoli, kacang panjang, hirisan cili hijau, cili padi dan tomato.
6. Akhir sekali, kecilkan api kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
KARI SOTONG

BAHAN-BAHAN:
1kg sotong | saiz XL
400ml susu rendah lemak
2 sudu makan rempah kari
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
2 biji tomato | belah empat
½ batang lobak merah | dihiris memanjang 3cm
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
1 batang serai
1sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 biji buah keras
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan sotong kemudian masukkan kepala ke dalam badan sotong. Ketepikan.
2. Didihkan air dalam periuk dan celur sotong lebih kurang dua minit. Angkat dan toskkan.
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi dan pecah minyak.
4. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata masukkan air asam jawa bersama susu.
5. Apabila kuah mereneh, masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa.
6. Selepas lima minit masukkan hirisan lobak merah diikuti tomato. Seketika kemudian angkat dan hidangkan.
KARI AYAM TUA TOMATO CERI

BAHAN-BAHAN:
1kg ayam tua | potong sederhana
500ml santan pekat
1 sudu makan kerisik
3 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan pes cili kering
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
2 biji ketang | buang kulit dan belah 4
6 biji tomato ceri
2 tangkai cili merah | dibelah 2
1 sudu makan pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 tangkai bunga cengkih
3 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
2 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam kemudian rebus hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan penumis, daun kari bersama bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika.
4. Seterusnya masukkan ayam yang telah direbus tadi, gaul rata. Masukkan sedikit air supaya rempah sebati dengan ayam.
5. Setelah itu, masukkan air asam jawa, santan dan kentang. Renehkan sehingga kentang empuk.
6. Akhir sekali masukkan kerisik, tomato ceri, cili merah, kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. Setelah masak, angkat dan hidangkan.
KARI IKAN PATIN BERYOGURT

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin | potong 4 bahagian
250ml susu rendah lemak
150gm yogurt
1 sudu makan pes asam jawa
2 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan halba campur
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
1 biji tomato | belah empat
1 biji terung bulat | belah empat
2 biji cili hijau | belah dua
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya
BAHAN HIRIS:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan patin dan toskan. Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
3. Seterusnya masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili. Kacau rata hingga pecah minyak.
4. Masukkan pula yogurt bersama air asam jawa. Kacau lagi.
5. Biarkan seketika, kemudian masukkan susu. Biarkan kari mereneh seketika.
6. Masukkan ikan bersama terung selang beberapa minit masukkan pula tomato dan hirisan cili. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
KARI IKAN KELI

BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan keli | dipotong dua
750ml santan
3 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan pes asam jawa
4 batang kacang bendi
2 biji tomato | belah dua
2 biji cili merah | belah dua
6 biji cili padi | buang tangkai
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 sudu makan halba campur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
4 cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Rendam ikan keli yang telah disiang dalam air asam jawa lebih kurang lima minit.
2. Bersihkan ikan keli, kemudian potong dua dan toskan. Panaskan minyak, tumis daun kari dengan halba campur hingga wangi.
3. Kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak. Masukkan rempah kari yang dicampur dengan sedikit air.
4. Setelah agak garing, masukkan santan, air asam jawa. Biarkan mereneh seketika. Seterusnya masukkan ikan, garam dan gula secukup rasa.
5. Akhir sekali sebelum angkat, masukkan kacang bendi, tomato, hirisan cili merah dan cili padi. Sedia dihidangkan.
KARI IKAN SARDIN

BAHAN-BAHAN:
1 tin sardin saiz besar
250 ml santan kotak
Sedikit air | jika perlu
2 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan pes air asam
1 sudu makan pes cili kering
1 tangkai daun kari | leraikan dari tangkainya
1 biji cili merah | dibelah dua
1 biji cili hijau | dibelah dua
1 biji tomato | dibelah empat
1 biji bawang besar | dibelah empat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
5 biji bawang merah | dihiris halus
3 ulas bawang putih | dihiris halus
4cm halia | dihiris halus memanjang
1batang serai | dititik
CARA MEMASAK:
1. Asingkan ikan sardin dari kuahnya. Kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan hirisan, serai daun kari hingga wangi.
3. Masukkan pes cili, diikuti dengan rempah kari ikan yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan ikan sardin diikuti pula santan dan air asam jawa. Biarkan kuah mereneh lebih kurang lima minit.
5. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali sebelum angkat masukkan bawang besar, cili hijau, merah dan tomato.
KARI TULANG IKAN MASIN

BAHAN-BAHAN:
1kg tulang dan kelapa ikan masin talang
1liter santan
3 biji terung bulat | dibelah empat
Sedikit air jika perlu
1 tangkai daun kari | dilurut dari tangkainya
2 biji tomato | dibelah empat
2 tangkai cili merah | dibelah dua
2 tangkai cili hijau | dibelah dua
2 keping asam gelugor
1 sudu makan halba campur
3 sudu makan rempah kari
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4cm halia
3cm kunyit hidup
5 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar, santan, rempah kari, dan tulang ikan masin dalam periuk.
2. Kemudian masak atas dapur, bila kuah mendidih masukkan terung.
3. Setelah terung empuk,kemudian rasa. Jika sudah masin, tambah sedikit gula sahaja. Jika kurang tambah garam secukup rasa.
4. Sebelum tutup api masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan tomato.
5. Sementara itu, panaskan sedikit minyak. Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur hingga kekuningan.
6. Kemudian tuangkan dalam gulai tadi. Sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sedapnya Sizzling Spaghetti Buttermilk With Popcorn Chicken, Mudah & Cepat!
Boleh Cuba Resipi Ikan Terubuk Masin Kukus Ala Thai, Sedap Sangat!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ayam Panggang Serai & Air Asam, Sekali Rasa Teringat Sentiasa

Kalau korang akan dikunjungi tetamu dalam masa yang terdekat, apa kata cuba masak resipi ni. Lauk ni memudahkan dan boleh disediakan dalam masa singkat. Yang paling penting, tetamu korang pasti akan teringat-ingat keenakannya. Barulah dinamakan tuan rumah yang bijak melayan selera tetamu. Satu lagi perkara penting. Jangan lupa Maggi Cukup Rasa. Lauk yang sedap, bertambah-tambah sedap tau!
AYAM PANGGANG SERAI DAN AIR ASAM

.
BAHAN A (ayam panggang)
1 ekor ayam (belah dua)
1 sudu makan sos tiram
5 ulas bawang putih (kisar lumat)
3 sm halia (kisar lumat)
1 batang serai (kisar lumat)
1 sudu makan MAGGI CUKUP RASA
Lada sulah dan serbuk lada hitam secukup rasa
BAHAN B (air asam)
1 cawan air asam jawa
5 biji cili padi (tumbuk kasar)
1 biji cili merah
(tumbuk kasar)
1 labu bawang besar (mayang halus)
2 sm belacan bakar
1 sudu teh MAGGI CUKUP RASA
Sedikit gula
CARA MEMBUAT
- Perap ayam dengan semua BAHAN A selama sejam atau lebih.
- Panggang ayam di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200 oC selama 40 minit atau hingga ayam masak. Ketepikan.
- Untuk membuat air asam, satukan semua BAHAN B dan sesuaikan rasanya.
- Hidangkan ayam panggang bersam air asam.
Selamat mencuba!
JOM TENGOK VIDEO CARA MASAK AYAM NI
Kalau korang nak tengok video cara masak ayam yang sedap ni, klik sini Ayam Panggang Serai Air Asam
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Usaha Murni Datuk Chef Mohd Farid Alwi… Buka Kolej MFA Untuk Anak Asnaf.

Min pernah berkunjung ke Kolej Malaysia Food (Authentic) College di Ukay Perdana membuat rakaman foto resipi di sana . Kesemua resipi ini disediakan oleh tenaga pengajar di sini dengan dibantu oleh pelajar-pelajar asnaf yang menuntut di kolej ini.

Resipi yang disediakan ‘ternyata sangat kreatif dan inovatif menepati tema yang RASA berikan. Dengan fasiliti dapur yang mampu dimanfaatkan pelajar mengasah skil masakan dan kulinari.

Tetapi bukan bab kemudahan di sini yang menarik perhatian Min tetapi mengenai pelajar-pelajar ‘bertuah’ dapat menimba ilmu masakan disini. Ya, kesemua pelajar di sini cukup gigih kerana mampu belajar walau pun datangnya dari keluarga asnaf yang terdiri daripada golongan fakir dan miskin.
Peluang mereka terbuka luas kerana adanya insan murni bernama Datuk Chef Mohd Farid Alwi.Chef Farid berpegang kepada 3 prinsip kehidupan iaitu bila mati seseorang anak Adam itu hanya 3 perkara ini yang ditinggalkan di muka bumi iaitu amal jariah, anak yang soleh dan ilmu yang berkekalan.

“Saya mahu ilmu yang saya ada di sini dapat disampaikan menjadi berkekalan dan berlanjutan bila berjaya disampaikan kepada orang lain. Saya direzekikan Allah mendapat ilham untuk berkongsi dengan golongan fakir dan miskin.

Niat saya adalah untuk menyampaikan ilmu, dan bukan bermotifkan duit dan keuntungan. Sebenarnya saya telah mula mengajar bakeri dari tahun 2002 lagi, semasa bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah pusat latihan bakeri di Bandar Baru Bangi.
Dari situ saya mendapat inspirasi untuk membuka kolej sendiri iaitu Bakeri Ria, pada 2007 . Kini bertukar nama kepada Kolej MFA pada awal tahun ini kerana saya meluaskan lagi kepada pengajian seni kulinari dan keusahawanan. Masa awal penubuhan kolej belum ada banyak lagi kolej bakeri Bumiputera.

Sebelum ini Lembaga Zakat tidak menekankan kepada kemahiran untuk pelajar asnaf, tetapi hanya pengajian diploma dan akademik, tetapi dengan adanya sijil kemahiran Malaysia lebih ramai lagi pelajar asnaf dapat menyambung pengajian mereka , “ cerita Chef yang berasal dari Merlimau, Melaka ini.
Penglibatan Chef Farid dalam masakan bermula semasa dia bermula bekerja di kedai bakeri dan kek semasa berusia 23 tahun. Pemegang Diploma in Pastry ini juga pernah meraih pengalaman bekerja di hotel berprestij di Kuala Lumpur dan pernah mengikuti kursus Pembangunan Sumber Manusia menjadi tenaga pengajar “train the trainer”.

Bukan sekadar kepada pelajar asnaf, Chef Farid juga kerap membuat kerja-kerja kebajikan dan kerap ke kawasan kediaman asnaf dengan membawa tepung dan bahan mentah mengajar keluarga asnaf membuat donat.Kesemua bahan mentah itu datangnya dari wangnya sendiri.
“ Pelajar dan golongan asnaf harus dipecahkan daripada mentaliti ‘hanya menerima’ dan harus dipupuk dengan kesedaran untuk berubah serta tidak sekadar bergantung dengan apa yang cukup. Ini lah ‘brain storming’ saya kepada mereka untuk terus majukan diri .

“Setiap kali saya berjumpa bekas pelajar, perkara pertama yang saya ajukan adalah berapa banyak yang dia mampu bagi kepada kedua ibu bapa mereka. Bukan jumlah gaji yang diterima. Bila mereka dapat membantu keluarga itu saya rasakan itulah kepuasan dalam hidup saya. Yang penting mereka mampu keluar dari kepompong kemiskinan.”, akhiri Chef Farid yang juga Mejar dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang terlibat dalam aktiviti menyelamat mangsa bencana dan tragedi.

Bagi Chef Farid mudah aje, yakinlah ilmu itu untuk dikongsi bukan disimpan untuk sendiri. Lebih -lebih lagi bila dikongsi dengan golongan tidak berkemampuan maka berkat ilmu dan ‘amal jariah’ itu jadi berlipat kali ganda.
Moga kehadiran awal Muharram ini jadi pembakar semangat untuk kita terus berbuat yang baik-baik dan menjadi orang yang baik-baik.
Ni resipi istimewa dari MFA yang mudah dibuat, jom cuma sajian barat ini.
BAKED SALMON WITH AVOCADO SMASH

BAHAN -BAHAN :
- 1 keping ikan salmon
- 1/2 sudu makan minyak zaitun
- 1/2 sudu teh lemon | diambil jusnya
- 1/2 biji avokado | yang ranum dilenyek hingga halus
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan daun ketumbar | dicincang halus
CARA MEMASAK :
- Perasakan ikan bersama minyak zaitun, gram dan daun ketumbar. Perap sebentar.
- Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 10-12 minit. Keluarkan dan ketepikan.
- Bagi membuat avocado smash, ambil avokado dan lenyek hingga halus, dalam satu bekas dan kemudian masukkan jus lemon dan gaul hingga rata.
- Letakkan avocado smash di atas ikan.
- Hidangkan bersama kentang yang dibakar.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Bakar di dalam oven
Jenis masakan : Ikan
Keistimewaan : Gandingan ikan salmon lemak manis dan buah avokado cukup lazat
Anggaran kos : RM 30.90
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

