Resipi Ayam Kam Heong Sedap Boleh Masak Secara Homemade

Share

Sedapnya Ayam Kam Heong ni. Kalau makan di restoran, mahal juga. Tak puas makan. Jadi hari ni RASA nak kongsi resipi perkongsian dari Dani Shoppe’s yang anda boleh try masak di rumah. Selain ayam, menu ni juga boleh menggunakan udang atau lala. Hmmm…bestnya! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CARA MASAK AYAM KAM HEONG SEDAP

BAHAN A:

  • 1/2 ekor ayam (paha & isi dada) – cuci bersih & toskan
  • Garam
  • Serbuk kunyit – beli online DISINI
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN B:

  • 6 ulas bawang merah kecil @ 1 biji bawang merah besar – hiris halus – beli online DISINI
  • 5 ulas bawang putih – ketuk / cincang kasar – beli online DISINI
  • 1 sudu makan serbuk kari – beli online DISINI
  • Cili padi secukupnya – beli online DISINI
  • Sedikit udang kering – jika suka ( empunya resipi tak letak) – beli online DISINI
  • Sedikit halia – ditumbuk lumat – beli online DISINI
  • Daun kari – beli online DISINI
  • Sos tiram – beli online DISINI
  • Kicap manis – beli online DISINI
  • Sedikit garam dan gula

CARA MEMASAK:

1. Buang tulang ayam bahagian paha, hiris isinya jadi ketulan kecil.

2. Perap ayam bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam separuh masak. Ketepikan.

4. Untuk menyediakan sos, ambil 3-4 sudu makan minyak gorengan ayam dan masukkan dalam kuali.

5. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, daun kari, halia dan udang kering sampai naik bau dan sedikit keperangan.

6. Masukkan serbuk kari dan sedikit sahaja air. Kacau sebati.

7. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis. Nak tambah kicap pekat pun boleh.

8. Jika suka, boleh tambahkan 1 sudu makan sos cili. Kacau sebati. Kalau sos kering sangat, tambah 2-3 sudu makan air.

9. Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata.

10. Rasa sos. Jika kurang rasa baru tambahkan garam dan sedikit gula.

11. Kacau sekata sehingga ayam cukup masak dan sempurna rasa masin, manis dan pedas.

12. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Dani Shoppe’s

 

Tercari-cari KUALI NON -STICK yang murah & berkualiti? Boleh pilih DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN