Resipi Ayam Goreng Sambal Garing Yang Pedas, Wangi & Buat Ketagih

Share

Resipi Ayam Goreng Sambal Garing yang wajib anda masukkan dalam senarai menu di rumah. Sangat mudah dimasak dan enak sekali jika dimakan bersama nasi putih. Sambalnya cukup enak dan untuk elak perut sakit, pastikan sambal dimasak dengan betul. Jom cuba nanti.

AYAM GORENG SAMBAL GARING

Bahan-bahan:

  • 9 ketul ayam
  • 4 biji cili hijau
  • 12 biji cili padi hijau
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato – belah 4
  • Daun limau purut
  • 1 sudu teh serbuk belacan
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Serbuk kunyit dan garam secukupnya
  • 1 sudu besar gula

 

Cara Memasak:

  1. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang besar, cili padi hijau, cili hijau dan tomato. Masak hingga sedikit layu.
  3. Kemudian angkat dan kisar bahan-bahan yang telah ditumis tadi.
  4. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi ke dalam kuali dan masukkan juga daun limau purut. Masak hingga pecah minyak dan sedikit kering.
  5. Kemudian masukkan serbuk belacan, serbuk perasa dan garam. Gaul. Tambahkan gula untuk seimbangkan rasa.
  6. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaulkan kesemuanya sehingga bersalut rata.
  7. Angkat dan Ayam Goreng Sambal Garing sedia untuk dinikmati.

 

TONTON VIDEO PENUH DI SINI:

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Published by
Naqiyatul Uzma