Resipi Ayam Goreng Peri-Peri. Gerenti Menjilat Jari!

Share

Pedas & enak hingga ke tulang! Sesuai sangat jika anda hidangkan buat keluarga. Masa memasak pun tak lama. Kalau makan panas-panas, memang layan. Jom cuba!

 

AYAM GORENG PERI-PERI

 

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm drummet ayam | bersih dan toskan
  • 2 biji cili merah | cincang halus
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan sos peri-peri
  • 1 biji perahan lemon
  • 1 sudu makan paprika
  • sehelai daun bay kering
  • 1 sudu teh oregano
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan mentega | untuk menumis
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng ayam

 

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan  ayam bersama serbuk kunyit dan garam halus. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, kemudian goreng ayam hingga kekuningan. Angkat dan ke tepikan.
  3. Menggunakan kuali lain, panaskan mentega, tumiskan bawang putih dan daun bay.
  4. Masukkan cili, paprika, oregano  serta sos peri-peri.
  5. Kacau rata dan masukkan ayam , Gaul rata.
  6. Kecilkan api, perah jus lemon dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan.
IKLAN