Makan

Resipi Ayam Goreng Kunyit Paling Mudah. Yang Tak Terer Masak Pun Confirm Menjadi!

Share

Ayam Goreng Kunyit hidangan mudah dan cepat untuk disediakan. Masak lauk ni yang tak pandai pun confirm menjadi.

Hidang dengan nasi panas, ada pula telur mata goyang dan sambal belacan, renjis kicap lemak manis…fuhhhh terangkat rasanya.

Kalau nak lagi sedap boleh pilih bahagian dada ayam yang ada sedikit tulang barulah lagi kaw dia punya masakan. Letak sayur-sayuran dan bawang, goreng sekejap boleh terus makan. Cepat dan mudah untuk disediakan.

Perkongsian daripada Wan Luqman ni sangat mudah untuk diikuti. Buat lauk makan malam atau tengah hari cukup satu lauk ni pun dah memadai.

AYAM GORENG KUNYIT

BAHAN-BAHAN:

– Isi ayam (best part bertulang boleh ratah-ratah gigit)

– Cili merah dan bawang holland dihiris

– Kacang panjang, bunga kobis dan lobak

– Garam dan sedikit lada sulah

– Sedikit tepung untuk menyalut

– Garam

– Gula (jika perlu)

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan serbuk kunyit dan garam untuk digaul bersama ayam. Lebihkan sikit, biar kuning dan masin-masin baru sedap.
  2. Masukkan sedikit ajinamoto dan gaul bersama.
  3. Masukkan sedikit tepung. Tepung apa-apa pun boleh. Ini saya guna tepung ayam goreng.
  4. Gaul biar sebati
  5. Kemudian goreng sehingga garing. Ketepikan
  6. Guna minyak yang sama, masukkan semua bahan sayuran yang dihiris tadi. Minyak bekas goreng ayam tu kuning nanti akan melekat warna kuning pada sayuran nanti.
  7. Masukkan sedikit lada hitam
  8. Akhir sekali masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi dan sebatikan dengan bahan lain.
  9. Angkat dan tapis
  10. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Info:

Goreng kunyit kena masin-masin sikit baru sedap. Tak pandai masak ke pandai ke kalau buat mesti menjadi pasal senang sangat. Sedap dimakan dengan nasi kosong, sambal belacan, telur mata dan renjis-renjis kicap kipas udang.

Kredit: Wan LuQman

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN