Resipi Ayam Goreng Cili Padi Yang Pedas Berapi

Share

Ayam goreng masak cili merupakan antara menu yang sering menjadi hidangan untuk seisi keluarga. Rasa pedas yang ‘power’, dimakan pula bersama nasi putih memang padu. Resipi ayam goreng cili padi yang dikongsi oleh Asmida Asman ini mungkin boleh anda cuba buat di rumah. Cara nak masaknya juga cukup mudah. Jom cuba!

AYAM GORENG CILI PADI

 

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam
  • Cili padi merah | dikisar
  • Cili padi hijau | dikisar
  • Bawang besar | dikisar
  • Bawang putih | dikisar
  • Serai | dikisar
  • Kunyit – beli online DISINI
  • Garam – beli online DISINI
  • Air asam jawa – beli online DISINI
  • Gula – beli online DISINI
  • Serbuk perasa
  • Kicap – beli online DISINI

 

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Kisar cili padi merah, cili padi hijau, bawang besar, bawang putih dan serai.

 

2. Goreng ayam dengan garam dan kunyit.

 

3. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.

 

4. Letak gula atau perasa, sedikit garam dan masukkan ayam yang digoreng tadi.

 

5. Masukkan air asam jawa dan gaul rata.

 

6. Letak sedikit kicap.

 

7. Siap!

 

Kredit resipi & foto: Asmida Asman

 

Kenapa perlu beratur panjang di pasaraya? Order sahaja secara online di MYDIN. Mudah & jimat!

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN